Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gara-gara Isu Combat & UI, The Seven Deadly Sins: Origin Terpaksa Ditunda Ke Mac 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Gara-gara Isu Combat & UI, The Seven Deadly Sins: Origin Terpaksa Ditunda Ke Mac 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya beberapa hari sebelum pelancaran global, Netmarble telah mengumumkan penundaan bagi open-world action RPG, The Seven Deadly Sins: Origin. Asalnya dirancang untuk keluar pada 28 Januari, game ini kini akan dilancarkan pada Mac 2026.

Tweets by 7DSO_EN

Keputusan ini dibuat susulan “Closed Beta Test” (CBT) yang diadakan pada bulan November, di mana maklum balas pemain (walaupun sebahagian besarnya positif terhadap potensi game ini) telah mengetengahkan beberapa isu kritikal dalam combat dan pengalaman pengguna yang menurut pihak pembangun, tidak boleh diabaikan.

⟪ Combat System Update: 'Combined Attacks' ⟫

To highlight <The Seven Deadly Sins: Origin>'s dynamic combat and the unique charm of each hero, the Combined Attack system has been fully revamped.

With more intuitive controls, experience a deeper and more refined level of… pic.twitter.com/eiFGic2OKS

— The Seven Deadly Sins: Origin (@7DSO_EN) January 17, 2026

Walaupun berita ini mengecewakan, pihak penerbit menegaskan bahawa ini adalah pilihan antara mengejar tarikh akhir atau menyajikan sebuah produk yang benar-benar berkualiti dan sempurna.

⟪ Exploration QoL Update: 'Campfire' ⟫

We have added an HP Recovery feature to Campfires, which can be easily set up during your journey.

As you travel across the vast lands of Britannia, use Campfires to create your own cozy place to rest, Star Guardians!… pic.twitter.com/lOLOiMjSxo

— The Seven Deadly Sins: Origin (@7DSO_EN) January 17, 2026

Penundaan ini bukan sekadar untuk pembetulan bug kecil; ia melibatkan rombakan struktur berdasarkan maklum balas Beta tersebut. Menurut Netmarble, hasil tinjauan yang “meluas” menunjukkan tiga aspek khusus di mana game ini masih belum mencapai standard cita-cita AAA mereka:

  • Kawalan: Pemain melaporkan bahawa pengendalian watak terasa kurang responsif, manakala pergerakan dan targeting disifatkan sebagai “sukar dan leceh” (satu kelemahan besar bagi game yang memfokuskan aksi pantas).
  • Tempo Combat: Walaupun sistem tag-based merupakan ciri utama, para penguji merasakan lonjakan tahap kesukaran adalah keterlaluan dan kelajuan respons skill terlalu perlahan, sekaligus memburukkan adrenalin pertarungan.
  • Masalah UI/UX: Struktur menu dianggap terlalu rumit dan serabut, menyukarkan pemain untuk mencari fungsi yang dikehendaki secara intuitif.

⟪ Exploration QoL Update: 'Windways' ⟫

To make your journey across Britannia even more special, we have improved the speed and overall dash feel of the Windways.

Cut through the refreshing winds and soar freely across Britannia—
experience your own adventure, Star Guardians!… pic.twitter.com/sz7NZENUMZ

— The Seven Deadly Sins: Origin (@7DSO_EN) January 17, 2026

Berbaloi Ditunggu?

Di sebalik kekurangan dari segi mekanik tersebut, pengumuman ini turut menyerlahkan potensi besar yang dimiliki oleh Origin. Para peserta Beta rata-ratanya memuji keaslian game ini yang setia kepada anime asal The Seven Deadly Sins serta skala open-world yang sangat luas.

Seperti yang dapat dilihat dalam rakaman pra-pelancaran dan imej yang dikongsi oleh Netmarble, game ini menampilkan rekreasi dunia Britannia yang bertenaga dengan gaya cel-shaded. Pemain bakal meneroka landskap yang luas tanpa sempadan menggunakan sistem traversal termasuk berenang, terbang, dan menunggang mount.

⚔️Boss Reveal👾

Check out Albion's overwhelming power in the video below!#TheSevenDeadlySinsOrigin #7DS #Origin #7DSOrigin #Albion pic.twitter.com/jMKXiFVLp0

— The Seven Deadly Sins: Origin (@7DSO_EN) January 9, 2026

Game ini merupakan sekuel spiritual kepada game mobile popular Grand Cross, namun ia memperluaskan skopnya secara drastik dengan memperkenalkan jalan cerita multiverse yang menampilkan Tristan (anak kepada Meliodas dan Elizabeth). Kualiti visualnya, yang dikuasakan oleh Unreal Engine 5, menjadi daya tarikan utama. Pihak pembangun turut menyatakan bahawa “dinamik aksi tag-based” telah melebihi jangkaan pemain semasa Beta, asalkan isu kawalan tersebut dapat diatasi.

⚔️Boss Reveal👾

Check out the scorching flame attacks of the Red Demon in the video below!#TheSevenDeadlySinsOrigin #7DS #Origin #7DSOrigin #RedDemon pic.twitter.com/wlWFptpKVi

— The Seven Deadly Sins: Origin (@7DSO_EN) January 2, 2026

The Seven Deadly Sins: Origin akan tersedia di platform PlayStation 5, PC (melalui Steam), iOS, dan Android.

Tags: The Seven Deadly Sins: Origin
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Fest+ 2026 Kembali April Ini Di Lokasi Baharu, Sunway Pyramid Convention Centre!

Next Post

Adaptasi Anime ‘Tomb Raider King’ Akan Mulakan Siaran Pada Julai 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Adaptasi Anime ‘Tomb Raider King’ Akan Mulakan Siaran Pada Julai 2026!

Adaptasi Anime ‘Tomb Raider King’ Akan Mulakan Siaran Pada Julai 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd