Sebentar tadi telah selesai perlawanan Akhir Lower Bracket untuk permainan Mobile Legends Bang Bang di SEA Games Esports 2019 yang berlansung di FliOil FLying V Centre Manila, Filipina. Menyaksikan perlawanan yang sanat hangat diantara pasukan tuan rumah SEA Games iaitu Filipina menentang pasukan negara kita sebentar tadi.
Nampaknya, pasukan Team Malaysia telah tewas 2-0 dengan Filipina dan pasukan tersebut akan menentang di perlawanan akhir yang akan berlansung malam ini jam 7 malam. Pasukan Mobile Legends Bang Bang yang diwakili Ahmad Ali Huzaifi Abdullah – Leixia; Abdul Wandi Abdul Kadir – Logan; Izme Haqeem Hamsjid – Kaizer; Muhammad Hazeem Onn – Scott; Jamil Nurolla – Zaraki; Mohd Faris Zakaria – Soloz; Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Coach) – Laphel. Mereka telah menggunakan hero-hero yang hebat seperti Thamuz, Masha dan pelbagai lagi dan memberikan permainan terbaik sehingga berjaya mendapatkan pingat pertama untuk SEA Games Esports 2019 bagi wakil Malaysia!
Jadi, tahniah buat Team Malaysia untuk Pingat Gangsa yang didapatkan untuk Mobile Legends Bang Bang! Siapa lagi yang bakal mengharumkan dunia esports Malaysia dalam SEA Games 2019 ini? Teruskan beri sokongan yang padu buat pasukan Malaysia!
Sumber Gambar: MLBB FB; ESM FB
@gamersantaimy
Discussion about this post