Gaming convention terbesar di Singapura kembali untuk kali keenam pada hari esok, 12 Oktober 2019. Dengan tema “Mitologi Asia“, pelawat boleh menyaksikan kandungan baru dan menarik yang termasuk permainan blockbuster terkini, esukan, game indie, mobile, kosplay dan penampilan khas tetamu istimewa! Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai pengumuman dan pameran produk baru yang akan datang juga akan dikongsikan di GameStart 2019!
Pelbagai Booth Menarik seperti The Castle
Navigate the perils of The Castle and bring victory to the Sun or Moon clan!
Gather your party, pick your clan and embark on this adventure in a race against time!
Get more info and sign up here https://t.co/HOHe5MhBzB! pic.twitter.com/y1k2IYCl24— GameStart Asia (@GameStartAsia) September 19, 2019
Untuk pertama kali, pelawat dapat bergembira di kawasan The Castle dimana ianya merupakan bilik permainan pengembaraan dan disediakan untuk dimain 4 orang. Pelawat boleh memilih antara 2 cerita jalan perjalanan dan memulakan misi mereka yang dipilih untuk mencari setan yang dimeteraikan di dalam istana terbiar.
Peluang Mencuba Pelbagai Game Eksklusif di GameStart 2019
We're super excited and honored to announce that @finalfantasyvii Remake demo will be playable at GameStart 2019!!! This will be the first time the game will be playable in Southeast Asia thanks to the fantastic team at @SquareEnix!#GameStart2019 #FF7remake #squareenix pic.twitter.com/IqotAWLbIs
— GameStart Asia (@GameStartAsia) October 7, 2019
GameStart 2019 juga akan menjadi tuan rumah kepada beberapa judul ekslusif Asia (di luar Jepun), dan pengunjung boleh menjadi antara yang pertama di Asia untuk cuba permainan video berikut:
- MARVEL Super War
- Marvel’s Avengers
- Final Fantasy VII Remake
- Disney Tsum Tsum Festival (Bandai Namco Entertainment)
- Just Dance 2020 (Ubisoft)
- BlazBlue Cross Battle Tag 2.0 (Arc System Works)
- MISTOVER (Arc System Work)
- UNDER NIGHT IN-BIRTH Exe:Late[cl-r] (Arc System Works)
- Iron Man VR
Cyberpunk 2077 oleh CDProjekt Red juga akan mempamerkan video gameplay khas yang hanya dipaparkan kepada penonton di E3 dan Gamescom.
SEA Major Singapore 2019
Kejohanan perdana permainan pertempuran di Asia Tenggara kembali sekali lagi. Anda mungkin juga boleh melihat pemain profesional seperti ShenChan, Xiaohai, Snake Eyes, John Takeuchi, dan Oil King. Permainan video yang dipamerkan di sini termasuk:
- Street Fighter V
- Dragon Ball FighterZ
- Blazeblue Cross Tag Battle
- Under Night In-Birth Exe: Late[st]
- Super Smash Bros. Ultimate
- SoulCalibur VI
- Tekken 7
- Samurai Shodown
- Guilty Gear Xrd Rev 2
Tetamu yang dijemput KHAS untuk GameStart
Pelawat bakal berjumpa dengan empat tetamu hebat iaitu; Takashi Tokita (Japan) -Pengeluar Veteran dari Square Enix dan Pengeluar Kreatif Tokyo RPG Factory; Luna Loraine (Malaysia) – Pemain violin terkenal dari Malaysia yang akan membuat persembahan bersama lagu-lagu anime dalam versi bermain Violin; Richard Suwono – Digital Artist and Illustrator; V.K.– Pianis Taiwan yang hebat dalam mencipta lagu dalam game. Juga ada Cosplay Riiyuukii akan membuat penampilan di GameStart sebagai Alyse, maskot GameStart. Model Yuuno juga akan muncul sebagai watak Nemesis baru kepada Alyse.
LOKASI: Suntec Convention Centre Halls 401 – 403 Singapore
TARIKH: 12 & 13 October 2019
TEMPOH PEMBUKAAN:
-
VIP Ticket: 10AM – 9PM
-
Awam: 11AM – 9PM
Maklumat lanjut dan berita terkini mengenai GameStart 2019 boleh didapati di www.gamestart.asia dan www.facebook.com/GameStart.Asia.
@gamersantaimy
Discussion about this post