Studio Firaxis (terkenal dengan XCOM) secara rasmi mengumumkan permainan terbaru Marvel hari ini di Gamescom Opening Night Live. Marvel’s Midnight Suns adalah sebuah permainan strategi RPG taktikal yang mengisahkan sisi gelap Marvel Universe ketika adiwira seperti Ghost Rider, Wolverine, Blade, Magik dan lain-lain berhadapan dengan “Mother of Demons -Lilith”.

Bagi mereka yang tidak tahu, Midnight Suns adalah berdasarkan acara crossover komik Rise of the Midnight Sons (1992) yang menceritakan tentang Lilith, seorang necromancer kuat yang dikalahkan dan dipenjarakan oleh ahli sihir pada beribu-ribu tahun yang lalu. Risau akan kebangkitannya, Doctor Strange mengumpulkan sekumpulan pahlawan dari dunia gelap Marvel untuk mengalahkannya. Pasukan Midnight Sons berjaya menewaskan Lilith dan anak perempuannya, Lilin, dan kemudian bekerjasama lagi beberapa kali sebagai pasukan adiwira rahsia dalam Marvel Universe.
Permainan Midnight Suns pula akan menceritakan kisah baru tentang Lilith dan anaknya, the Hunter. The Hunter adalah watak ” customizable ” dan dicipta khas untuk permainan ini serta akan berfungsi sebagai watak utama. Midnight Suns menampilkan gabungan misi RPG taktikal ala-ala XCOM dan gameplay berasaskan membina hubungan melalui dialog antara Hunter dan pelbagai adiwira Marvel lain. Pemain dapat menjalinkan hubungan dengan setiap adiwira antara misi dengan berbual bersama mereka, mengambil bahagian dalam aktiviti unik, dan memberi mereka hadiah. Berikut adalah trailer sinematik pertama:
Midnight Suns akan menampilkan 12 watak yang boleh dimainkan dari pasukan Avengers, X-Men, dan Runaways. Wira yang tampil dalam trailer sinematik di atas termasuk Wolverine, Captain America, Iron Man, Captain Marvel, Blade, Ghost Rider, Magik, Doctor Strange, dan Nico Minoru dari Runaways. Setiap wira Marvel ini telah diberi penampilan baru agar sesuai dengan estetika permainan yang berunsur lebih gelap.

Selepas tayangan treler sinematik ini, Firaxis juga akan mendedahkan gameplay pertama permainan pada 1 September. Marvel’s Midnight Suns akan keluar di pelantar PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X/S, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam dan Epic Game Store pada bulan Mac 2022. Untuk segala liputan kami tentang acara gamescom 2021, sila tekan pautan ini.
Sumber – 2K
@gamersantaimy
Discussion about this post