IllFonic juga merupakan salah satu penerbit permainan yang mengumumkan gameplay terbaru permainan mereka yang merupakan sebuah permainan aksi asimeterik, kooperasi serta kompetitif iaitu Predator: Hunting Grounds di malam pembukaan Gamescom 2019 sebentar tadi.
Kali ini, pengumuman gameplay dikongsikan lebih dari yang diumumkan dari E3 2019 yang lalu. Predator: Hunting Grounds ditetapkan di kawasan terpencil di seluruh dunia, di mana Predator menyerang mangsa yang paling mencabar. Bermain sebagai ahli Fireteam elit dan operasi komando paramiliter sebelum Predator menemui anda. Atau, bermain sebagai Predator untuk memburu mangsa yang paling berharga, memilih dari pelbagai teknologi asing yang mematikan untuk mengumpulkan trofi anda satu demi satu.
Jom saksikan trailer terbaru ini;
Treler terbaru menunjukkan cara Predator menggunakan kuasa dan teknologinya yang hebat untuk menyerang manusia. Selain itu menunjukkan cara manusia menyerang Predator dengan menggunakan senjata-senjata yang hebat! Boleh kita lihat sendiri bertapa bahayanya berperang di hutan tebal yang memang menjadi taman permaianan untuk Predator berleluasa.
Jadi memang pemain harus bersiap sedia dari mana jua arah Predator akan datang menyerang! Pula dengan abiliti menjadi halimunan Predator, pasti lebih kejutan akan diberikan kepada manusia!
Menurut penerbit Predator: Hunting Grounds, idea asal sebenarnya adalah membuat permainan standalone. Tetapi, lebih mencabarkan jika permainan menjadi co-op dan lebih menyeronokan bila ada musuh yang boleh dikawal oleh pemain.
Baru-baru ini IllFonic juga turut melancarkan Friday the 13th ke platform Nintendo Switch, kali ini anda boleh terus mengemas kini berita terbaru mengenai Predator: Hunting Grounds di laman web rasmi IllFonic atau di PlayStation.
@gamersantaimy
Discussion about this post