Baru-baru ini, Call of Duty: Project Aurora telah memasuki ujian alpha namun terdapat satu kebocoran di mana gameplay yang ditunjukkan sama dengan Call of Duty Warzone cuma dalam versi mobile. Bukan setakat gameplay sahaja dibocorkan malah ada beberapa screenshot yang telah ditunjukkan.
Perkara ini telah dibocorkan oleh pengguna Twitter @CoDPerseus_ namun semuanya telah di padam oleh Activision atas isu hak cipta. Korang boleh tengok video gameplay di sini dan berikut adalah screenshot-nya:
Jika kita lihat pada video leaked tersebut, pemain akan turun dari kapal terbang dan mesti mencari kelengkapan untuk melibatkan diri dalam pertempuran. Dari segi mekanik, ianya sama seperti dalam versi PC COD Warzone. Korang boleh revive diri sendiri. Apabila korang terbunuh dalam game, mereka akan dibawa ke Gulag, di mana korang mesti menang untuk kembali ke Warzone.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Call of Duty: Project Aurora adalah game mobile baharu yang merupakan game mobile kedua daripada Call of Duty. Ianya adalah game battle royale yang mempunyai gameplay yang pantas dan berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman baharu kepada pemain.
Malangnya, ujian alpha tertutup ini tersedia kepada bilangan peserta melalui jemputan secara terus. Walau bagaimanapun, mereka akan membuka dan menambah lebih ramai pemain sepanjang fasa ujian dijalankan. Memandangkan Projek Aurora masih dalam pembangunan, hanya sebilangan kecil peserta diperlukan untuk membantu mereka mencapai matlamat pada peringkat ini.
Saya ingin mengingatkan korang bahawa game ini sedang dalam pembikinan dan mungkin akan berubah secara keseluruhan. Ujian alpha adalah titik mula untuk mereka membuat penambahbaikan penalaan, perlawanan ujian tekanan, mengenal pasti dan membetulkan bug serta mengumpul maklum balas daripada peserta yang menyertai ujian tersebut.
Seperti yang kita tahu, game ini masih dibangunkan dan sudah pasti semua data serta perkembangan yang dibuat tidak akan dibawa ke game yang telah siap nanti. Ujian yang diadakan buat masa kini hanya untuk menilai mekanik gameplay Battle Royale berskala besar pada mobile. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Project Aurora, korang boleh pergi laman web rasmi Call of Duty.
Jadi marilah kita sama-sama menunggu pengumuman rasmi dari Call of Duty dan Activision mengenai Call of Duty Warzone Mobile. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post