Bandai Namco telah mengeluarkan satu lagi video promosi untuk Kamen Rider: Memory Of Heroez dan kali ini, ia menunjukkan gameplay untuk Kamen Rider OOO, salah satu daripada tiga Kamen Rider yang boleh dimainkan dalam permainan. Dalam video tersebut, ia disahkan bahawa OOO akan mempunyai akses kesemua 6 bentuk “full combo” utama serta bentuk asasnya.
Berikut ialah rumusan rasmi:
Manipulasi dengan mahir perubahan bentuk Kamen Rider dalam pertempuran, untuk memanfaatkan sepenuhnya aksi berbeza dengan alatan dalam cerita utama, dan menyaksikan kisah asli ini ketika kehidupan Kamen Riders berbeza bertemu!
Alami aksi Kamen Rider yang lebih maju dan menakjubkan berbanding permainan Kamen Rider sebelumnya.
Sekiranya anda terlepas, mari tonton gameplay Kamen Rider W dan Zero-One di bawah:
Kamen Rider: Memory of Heroez akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Switch pada 29 Oktober di Jepun, dan juga di Asia Tenggara dengan sari kata bahasa Inggeris. Baca segala liputan kami tentang Kamen Rider di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post