Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game terbaru PewDiePie Pixelings ialah permainan ala-ala Pokemon yang akan keluar 15 November ini!

Game ketiga oleh YouTuber paling terkenal di bumi.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 11, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Game terbaru PewDiePie Pixelings ialah permainan ala-ala Pokemon yang akan keluar 15 November ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Fenomena YouTube, PewDiePie atau Felix Kjellberg akan melancarkan satu lagi permainan video yang diberi nama PewDiePie Pixelings dan akan tersedia untuk iOS dan Android pada 15 November. Ini menandakan kali ketiga YouTuber terkenal ini bekerjasama dengan Outerminds. Sebelum ini, mereka bekerjasama dengan PewDiePie’s Tuber Simulator dan Legend of The Brofist. Permainan ini menjadi kesinambungan kepada kedua-dua judul tersebut.

 

1 of 3
- +

 

Walaupun Legend of The Brofist ber-genre platformer, Pixelings akan menjadi permainan strategi yang memberi fokus kepada mengumpulkan makhluk ajaib. Jalan cerita bermula apabila PewDiePie menjumpa stokin yang berbau, yang entah bagaimana menyebabkannya dihantar ke Pixeland di mana penduduknya, Pixelings, berada di bawah ancaman seekor makhluk misteri. Dengan bantuan anjingnya Maya dan Edgar, kini ia terpulang kepada PewDiePie untuk menyelamatkan Pixelings dari ancaman ini. Anda dapat mengumpul pelbagai makhluk pixel  dan menambahkannya ke pasukan serta mengambil bahagian dalam pertempuran turn-based 3v3.

 

1 of 3
- +

Menurut developer, ia akan menggabungkan intipati pertempuran turn-based dengan elemen permainan idle. Anda juga dapat bertarung dengan pemain lain di PvP juga, jadi anda harus memastikan anda mempunyai barisan Pixelings terbaik sebelum mencuba multiplayer. Dari segi cerita, anda boleh mengharapkan ia penuh dengan meme, seperti gaya PewDiePie di YouTube pada tempoh ini, walaupun dia kini tegar bermain Minecraft. PewDiePie juga menyumbangkan suara untuk permainan, jadi peminat dapat mendengar YouTuber kegemaran mereka dalam permainan juga.

PewDiePie Pixelings akan tersedia pada 15 November melalui App Store dan Google Play di mana anda boleh mendaftar sekarang jika anda mahu. Ini permainan percuma untuk bermain dengan in-app purchases.

Tags: AndroidiOSOutermindsPewDiePiePewDiePie Pixelingsyoutube
Previous Post

Disokong oleh VIVO! PUBG Mobile dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menjemput semua peminat ke Kuala Lumpur untuk PMCO 2019!

Next Post

Mod Zombi dan Sokongan Controller akan datang di Call Of Duty: Mobile, serta ada Leak Acara Winter?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Mod Zombi dan Sokongan Controller akan datang di Call Of Duty: Mobile, serta ada Leak Acara Winter?!

Mod Zombi dan Sokongan Controller akan datang di Call Of Duty: Mobile, serta ada Leak Acara Winter?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd