Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game soulslike Wo Long: Fallen Dynasty tumpu pada era ‘ Three Kingdoms’, demo sedang bikin

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2022
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Game soulslike Wo Long: Fallen Dynasty tumpu pada era ‘ Three Kingdoms’, demo sedang bikin
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan semasa acara Xbox + Bethesda Showcase pada tahun ini, Wo Long: Fallen Dynasty adalah projek game souls-like terbaru oleh Team Ninja, pencipta kepada siri Ninja Gaiden, Dead or Alive, Nioh, dan banyak lagi yang diilhamkan oleh saga Three Kingdoms. Bukan itu sahaja, menurut info di Twitter, Wo Long: Fallen Dynasty juga akan mempunyai ujian demo pada masa akan datang

https://twitter.com/WoLongOfficial/status/1552751918853799936

Maklumat ini berasal daripada akaun Twitter rasmi game, yang mendedahkan beberapa butiran baru tentang gameplay dan rancangan mereka pada masa akan datang.

Pertama sekali, Wo Long akan menampilkan beberapa elemen daripada francais Nioh, seperti ‘character creator’ yang terperinci dan gameplay soulslike mencabar. Walau bagaimanapun, Team Ninja menjamin bahawa gameplay masih akan terasa berbeza dalam beberapa aspek, daripada segi penerokaan dan sistem pertempuran.

Antaranya adalah “Morale System”. Maklumat lanjut tidak diberikan, tetapi produser pembangunan, Yamagiwa berkata ini akan “membawa kepada strategi baru dalam genre Soulslike.” Apa yang membuatkannya menarik adalah ia terikat dengan mekanik di mana musuh boleh memperoleh sesuatu selepas mengalahkan pemain.

Seterusnya, kita tahu bahawa jalan cerita berdasarkan kisah Three Kingdom, yang mengisahkan peperangan antara kerajaan-kerajaan China dari 220 hingga 280 AD (sama seperti Nioh yang berlangsung pada zaman Sengoku Jepun).

Tidak sepenuhnya tulen mengikut sejarah, game ini menceritakan semula era itu dalam cara yang lebih gelap dan mengisinya dengan elemen sihir, wira dan entiti jahat yang luar biasa serta menampilkan pelbagai toktoh-tokokh legenda daripada zaman itu.

Di penghujung tweet itu, Wo Long: Fallen Dynasty juga mengesahkan mereka akan mempunyai ‘gameplay trial’ aka demo pada masa hadapan. Saya tidak pasti jika pembangunan sudah hampir tamat, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu pembangunan sedang berjalan dengan lancar.

Wo Long: Fallen Dynasty akan keluar pada awal 2023 di Xbox One, Xbox Series X|S, PS4, PS5 dan PC (Steam) dan akan tersedia secara percuma pada hari pertama pelancaran bagi sesiapa yang memiliki Xbox Game Pass.

Tags: DemoSoulslikeWo Long: Fallen Dynasty
Previous Post

[Khabar angin] Ben Affleck kembali sebagai Batman dalam Aquaman 2

Next Post

Digimon Survive di Steam banyak crash! Ini jalan penyelesaiannya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Digimon Survive di Steam banyak crash! Ini jalan penyelesaiannya!

Digimon Survive di Steam banyak crash! Ini jalan penyelesaiannya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd