Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Solo Leveling rasmi dalam pembikinan oleh Netmarble, beserta gameplay

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 29, 2022
in Action, Anime, Artikel, Berita, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Game Solo Leveling rasmi dalam pembikinan oleh Netmarble, beserta gameplay
Share on FacebookShare on Twitter

Buat semua peminat manhwa di Malaysia, webcomic popular Solo Leveling akhirnya akan diadaptasikan kepada game, di mana Netmarble Games secara rasmi akan menguruskan pembangunan. Sempena pengumuman ini, korang boleh tonton treler gameplay di bawah:

Seperti yang korang boleh nampak, gameplay Solo Leveling amat fast-paced dan menugaskan pemain untuk bersaing dengan musuh yang lebih kuat dan besar dalam “dungeon” tertentu. Netmarble tidak menunjukkan apa-apa yang khusus tentang sistem gameplay, tetapi berdasarkan pemerhatian, nampak sistem pertempuran terdiri daripada combo biasa seperti light attack, heavy attack, charge attack dan juga jenis sistem panggilan di mana kita boleh mengarahkan rakan sekutu untuk menyerang musuh. Bukan protagonis Sung Jin Woo sahaja, malah banyak watak lain turut muncul dalam treler dan nampak boleh dimainkan, termasuk Cha Hae-In.

Game ini jatuh kepada genre “single-player RPG action”, dan misi utama adalah untuk menguatkan protagonis Sung Jin Woo dengan meningkatkan kemahiran atau menambah Hunter yang hebat ke parti kita. Netmarble menjanjikan pengalaman gameplay yang menyeronokkan, dengan adegan pertempuran sinematik yang mencerminkan gaya manhwa original.

Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, game ini dikatakan akan keluar di mobile dan PC. Selain game Solo Leveling, Netmarble turut mengumumkan The Seven Deadly Sins Origin pada masa yang sama. Korang boleh baca lagi tentang game open-world tersebut di SINI.

Siri ini bermula sebagai web novel sebelum beralih menjadi webtoon di KakaoPage. Webtoon Solo Leveling pula dihasilkan oleh Dubu dari Redice Studio bermula pada Julai 2016 dan baru-baru ini tamat dengan jumlah bab sebanyak 179 bab pada Disember 2022. Untuk segala liputan kami tentang Solo Leveling, sila tekan pautan ini.

Tags: Game Solo LevelingGameplaySolo Leveling
Previous Post

[UPDATE] Filem anime JUJUTSU KAISEN 0 akan ditayangkan pada 10 MAC 2022 di Malaysia!

Next Post

[Review] Uncharted: Legacy of Thieves Collection – Pengembaraan hebat kembali dengan grafik yang memukau!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[Review] Uncharted: Legacy of Thieves Collection – Pengembaraan hebat kembali dengan grafik yang memukau!

[Review] Uncharted: Legacy of Thieves Collection - Pengembaraan hebat kembali dengan grafik yang memukau!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd