Bushiroad Games bersama Lancarse kini mengumumkan game RPG baharu iaitu Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation – Quest of Memories dan akan dilancarkan di PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Buat masa sekarang, mereka masih tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran atau maklumat lebih lanjut mengenai game ini. Tetapi besar kemungkinan, game ini akan mengadaptasi anime yang menceritakan tentang seorang lelaki yang di-isekai ke dunia fantasy dan menjadi seorang budak kecil yang sangat berkuasa. Berikut adalah sinopsis Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation:
Meskipun dibuli, dihina, dan ditindas sepanjang hidupnya, seorang lelaki berusia 34 tahun masih bernekad untuk mencuba sesuatu yang gagah. Malangnya, ia berakhir dengan kemalangan tragis. Secara tidak sangka, dia hidup semula di dunia lain sebagai Rudeus Greyrat, dan memulakan hidup baru sebagai bayi yang dilahirkan oleh dua ibu bapa yang penyayang.
Bersama memori dan pengetahuan dari kehidupan sebelum, Rudeus dengan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Dengan pemikiran orang dewasa, dia mula menunjukkan bakat yang menakjubkan, lalu mengasah kemahirannya dengan bantuan seorang ahli sihir bernama Roxy Migurdia. Rudeus belajar seni pertempuran pedang dari ayahnya, Paul, dan bertemu Sylphiette, seorang gadis yang kemudian menjadi kawan karibnya.
Diberi kehidupan kedua, Rudeus cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk melupakan masa lalunya yang tragis.. dan mungkin suatu hari, akan menemui satu perkara yang tidak pernah ditemuinya iaitu cinta.
Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation – Quest of Memories akan dilancarkan di PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post