Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Mobile ‘Harvest Moon: Home Sweet Home’ Akan Tiba 23 Ogos

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 16, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Simulator
0 0
0
Game Mobile ‘Harvest Moon: Home Sweet Home’ Akan Tiba 23 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini kami dapat pengesahan rasmi oleh penerbit Natsume bahawa game mobile ‘Harvest Moon: Home Sweet Home‘ rasmi akan dilancarkan untuk iOS dan Android pada 23 Ogos 2024.

Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Menurut maklumat daripada pembangun ‘appci’ —  dalam Harvest Moon: Home Sweet Home, sudah tiba masanya untuk anda meninggalkan kehidupan bandar untuk pulang ke kampung zaman kanak-kanak di Alba, tempat di mana ikan paling segar dan sayur-sayuran paling lazat ditanam dan ditangkap oleh petani dan pemancing tempatan.

Kredit: Natsume

Walau bagaimanapun, penduduknya semakin tua manakala orang lebih muda berhijrah ke bandar besar. Alba Village kini dalam situasi yang suram, jadi bolehkah anda bantu mengubah sebuah kampung yang semakin merosot menjadi makmur semula? Dengan persekitaran yang indah, Alba pasti mempunyai potensi, tetapi bolehkah anda membawa pelancong dan juga penduduk baru ke perkampungan hijau yang luas ini?

Kredit: Natsume

Di samping itu, anda boleh memikat empat gadis dan empat lelaki berbeza, dan berkahwin dengan sesiapa sahaja yang anda idamkan. Bertemu semula dengan rakan zaman kanak-kanak dan watak-watak lain untuk membantu mempopularkan Alba!

Kredit: Natsume

Bercucuk tanam, menternak haiwan, memancing ikan, melombong dan banyak lagi. Kumpul kebahagiaan untuk mengembangkan kampung dan mendapatkan penduduk baru, sambil bersaing dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan perayaan.

Kredit: Natsume

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Natsume Hiro Maekawa, turut memberi info tambahan melalui kenyataan akhbar:

“Dalam Harvest Moon: Home Sweet Home, pemain ditugaskan untuk menggembirakan semua orang di kampung halaman mereka.”

“Dengan bersosial, memberi hadiah, menjual tanaman, dan menyelesaikan permintaan, anda akan membina hubungan dengan jiran dan meningkatkan kebahagiaan bandar, semuanya sambil mencapai kejayaan sendiri, seperti menjaga lembu pertama , jatuh cinta, dan memulakan keluarga.”

“Sebagai aplikasi mobile kendiri, pemain boleh memajukan cerita mereka mengikut kadar sendiri, di mana-mana dan bila-bila masa mereka mahu!”

Tags: Harvest Moon: Home Sweet Home
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Age: The Veilguard Rasmi Akan Datang Pada 31 Oktober

Next Post

Wuthering Waves 120 FPS Perlukan Minimum RTX 30 Series Atau Radeon 6000

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Wuthering Waves 120 FPS Perlukan Minimum RTX 30 Series Atau Radeon 6000

Wuthering Waves 120 FPS Perlukan Minimum RTX 30 Series Atau Radeon 6000

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd