Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mecha Super Robot Wars 30 keluar hari ini di PS4, Switch & PC Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2021
in Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
Game mecha Super Robot Wars 30 keluar hari ini di PS4, Switch & PC Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco secara rasminya akan mengeluarkan game Super Robot Wars 30 untuk Nintendo Switch, PlayStation 4 dan PC melalui Steam hari ini.

Sempena ulang tahun ke-30 siri RPG strategi crossover anime mecha tersebut, Super Robot Wars 30 diumumkan sebagai permainan “turn-based combat” di mana pemain mengawal juruterbang dan mecha di medan perang berasaskan grid. Salah satu tarikan yang membuatkan siri ini popular ialah pelbagai watak dari pelbagai siri akan saling berinteraksi antara satu sama lain.

Selain itu, Super Robot Wars terkenal sebagai siri permainan dengan jumlah crossover yang banyak dari genre mecha dan telah memasukkan sejumlah watak dari seluruh genre mecha, termasuk Gundam, Neon Genesis Evangelion dan Gurren Lagann.

Super Robot Wars 30 akan menampilkan 22 tajuk keseluruhan (tidak termasuk mecha untuk pek DLC 1 + 2).

  • Super Electromagnetic Robot Combattler V
  • Mobile Suit Gundam (unit sahaja)
  • Mobile Suit Zeta Gundam
  • Z-MSV (unit sahaja)
  • Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack
  • M-MSV (mechs only)
  • Mobile Suit Victory Gundam
  • Mobile Suit Gundam Narrative
  • Heavy Metal L-Gaim
  • Brave Police J-Decker
  • King of Braves GaoGaiGar Final (unit sahaja)
  • King of Destruction: GaoGaiGar VS Betterman
  • Code Geass: Lelouch of the Rebellion Movie III – Glorification (unit sahaja)
  • Code Geass: Lelouch of the Re;surrection
  • Getter Robo Armageddon
  • Mazinger Z: Infinity
  • Mazinkaiser Infinitism (unit sahaja)
  • Magic Knight Rayearth
  • Gun X Sword
  • Galactic Armored Fleet Majestic Prince
  • Knight’s & Magic
  • SSSS.Gridman

Baru-baru ini, pek DLC 2 didedahkan dan menurut Bandai Namco akan menampilkan sembilan “playable unit” tambahan, termasuk watak Ultraman, Iron-Blooded Orphans dan siri SRW OG.

Pada masa yang sama, Super Robot Wars 30 telah memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk IP terbanyak dalam satu RPG, setelah trailer pengumuman untuk Super Robot Wars 30 menunjukkan senarai penuh IP yang mengambil bahagian dalam permainan.

Game Super Robot Wars 30 rasmi dilancarkan hari ini pada 28 Oktober 2021 dan tersedia untuk Nintendo Switch, PS4 dan PC melalui Steam. Pek DLC 1 akan dilancarkan pada November 2021 dan pek DLC 2 akan dilancarkan pada Disember 2021. Untuk segala liputan kami tentang Super Robot Wars 30 termasuk temu ramah eksklusif kami bersama dev, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Super Robot Wars 30
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Bandai Namco Studios
Release Date TBC
Nintendo Switch, PlayStation 4, Steam
Super Robot Wars terkenal sebagai siri permainan dengan jumlah crossover yang terbanyak dari genre mecha dan telah memasukkan watak-watak dari seluruh genre mecha, termasuk Gundam, Neon Genesis Evangelion, Gurren Lagann dan lain-lain.
Tags: 'SteamBandai Namconintendo switchPlayStation 4Super Robot 30
Previous Post

Final Fantasy V Pixel Remaster akan dilancarkan bulan depan!

Next Post

Among Us menambah Shapeshifter sebagai peranan baru untuk Impostor!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Among Us menambah Shapeshifter sebagai peranan baru untuk Impostor!

Among Us menambah Shapeshifter sebagai peranan baru untuk Impostor!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd