Sebuah game “single-player, third-person, action adventure” berdasarkan Iron Man kini dalam fasa pra-produksi oleh pemaju Motive (terkenal untuk Star Wars: Squadrons and Dead Space remake) menurut kata penerbit Electronic Arts (EA). Ini merupakan antara projek pertama daripada rancangan Electronic Arts yang sedang mengusahakan pelbagai game Marvel lain.
“Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan pasukan berbakat di Motive Studio untuk membawa visi original mereka tentang salah satu watak Marvel yang paling penting, kuat dan disayangi.
“Pengalaman mereka menyampaikan kedua-dua hiburan yang mantap dan gameplay yang mendebarkan—digabungkan dengan semangat autentik untuk ikon berperisai itu—akan menyemarakkan usaha kami untuk menyampaikan surat cinta kepada wira legenda dalam bentuk permainan video Iron Man terbaik.”
kata naib presiden dan pengarah kreatif Marvel Games, Bill Rosemann dalam siaran akhbar.
Berikut adalah info tambahan:
Pasukan ini diketuai oleh Olivier Proulx, yang membawa pengalaman bekerja pada game Marvel lalu seperti Marvel’s Guardians of the Galaxy, dan disertai oleh pasukan veteran industri berdedikasi termasuk Ian Frazier, Maëlenn Lumineau dan JF Poirier di studio.
Dibangunkan dengan kerjasama Marvel Games, game ini akan menampilkan naratif asli yang meneroka sejarah panjang Iron Man, untuk menunjukkan kerumitan, karisma dan genius kreatif Tony Stark serta membolehkan pemain merasai bagaimana sebenarnya bermain sebagai Iron Man.
Seperti saya kata di atas, game Iron Man oleh EA kini dalam fasa pra-produksi tetapi lebih banyak info akan diumumkan apabila produksi semakin maju.
Apa pendapat korang? Teruja tak untuk bermain sebagai Iron Man? Jom kongsi pendapat di ruang komen.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Iron Man, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post