Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game First Person Shooter Gundam Evolution akan dilancarkan pada tahun 2022

Amir Haziq by Amir Haziq
July 16, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Gunpla, Microsoft, PC, Platform, Real time strategy, Shooter
0 0
0
Game First Person Shooter Gundam Evolution akan dilancarkan pada tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan game baru untuk siri Gundam, iaitu Gundam Evolution. Game first-person shooter 6v6 ini bakal tersedia di platform PC mempunyai gameplay yang kompetitif dan hampir menyerupai Overwatch. Syarikat tersebut merancang untuk mengeluarkan Gundam Evolution pada tahun 2022 nanti. Anda boleh saksikan trailer pengumuman game ini dibawah.

Gundam Evolution dijadualkan hanya akan tersedia di Jepun untuk Windows PC pada tahun depan, dan Bandai Namco bakal membuka ujian beta tertutup untuk 5000 pemain dari negara tersebut. Trailer pengumuman ini menunjukkan gameplay Gundam Evolution seakan sama dengan Overwatch dan mereka telah mendedahkan beberapa model yang boleh dimainkan seperti Gundam, Asshimar, GM Sniper II, Dom Trooper, Sazabi dan Gundam Barbatos. Trailer ini nampak meyakinkan peminat bahawa mereka bakal menerima salah satu game Gundam terbaik untuk bermain bersama rakan-rakan.

Menurut laman rasmi Gundam Evolution, anda boleh bermain dalam tiga mod permainan seperti Mod Point Capture, dimana pasukan perlu bertarung untuk menguasai peta pertempuran. Mod Domination memberikan setiap pasukan bersaing untuk merebut salah satu dari tiga point yang tersedia secara rawak. Akhir sekali Mod Destruction, dimana salah satu pasukan perlu memusnahkan objektif yang dilindungi oleh pasukan musuh.

Berikut adalah spesifikasi PC yang diperlukan untuk bermain Gundam Evolution:

Kategori Gundam Evolution keperluan spesifikasi PC
OS Windows 10 (64-bit)
CPU Intel Core i5-3570 3.40GHz
Memori 8GB
Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 (2GB)
HDD/SSD ruang kosong 100GB
Sambungan Internet Broadband Internet Connection
Browser environment Microsoft Edge Latest, Google Chrome Latest, Mozilla Firefox Latest
Kategori Gundam Evolution cadangan spesifikasi PC
OS Windows 10 (64-bit)
CPU Intel Core i7-4790 3.60GHz
Memori 16GB
Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti (6GB)
HDD/SSD ruang kosong 100GB
Sambungan Internet Broadband Internet Connection
Browser environment Microsoft Edge Latest, Google Chrome Latest, Mozilla Firefox Latest

Gundam merupakan salah satu francais anime paling ikonik dan berpengaruh kerana ia telah dikenali sejak tahun 1970-an, melalui siri anime genre mecha bertajuk Mobile Suit Gundam. Sejak dari itu, ia mempunyai pelbagai model reka bentuk mecha dalam siri anime yang mengisahkan tentang peperangan, politik dan masa hadapan yang kompleks. Francais Gundam kini mempunyai pelbagai keluaran seperti barang dagangan, rancangan TV, filem, manga, mainan dan siri permainan video.

Buat masa ini, Bandai tidak mendedahkan lagi tarikh rasmi pelancaran untuk Gundam Evolution. Malah, syarikat tersebut juga tidak mengumumkan sama ada game ini bakal tersedia untuk pemain di negara Barat. Jadi, sama-sama kita harap supaya ianya akan tersedia untuk pemain di Malaysia. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Gundam, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Tags: Bandai NamcoFirst Person ShooterGundam EvolutionPC
Previous Post

PMNC Grand Final bersedia untuk berlepas ke PMPL MY/SG Musim 4!

Next Post

[Review] Mencari earbud untuk mobile gaming yang sesuai? Razer Hammerhead True Wireless X adalah jawapannya!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
[Review] Mencari earbud untuk mobile gaming yang sesuai? Razer Hammerhead True Wireless X adalah jawapannya!

[Review] Mencari earbud untuk mobile gaming yang sesuai? Razer Hammerhead True Wireless X adalah jawapannya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd