gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

[Review] Mencari earbud untuk mobile gaming yang sesuai? Razer Hammerhead True Wireless X adalah jawapannya!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 16, 2021
in Artikel, Berita, Headset, Produk, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] Mencari earbud untuk mobile gaming yang sesuai? Razer Hammerhead True Wireless X adalah jawapannya!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan Jun yang lalu, Razer telah melancarkan sebuah earbud model Hammerhead True Wireless X yang direka khas untuk mengoptimumkan pengalaman audio gaming pengguna. Earbud ini sangat ringkas untuk digunakan dan mempunyai Mod Gaming latensi serendah 60ms. Kami telah mencuba sendiri earbud ini untuk bermain game dan kegunaan seharian. Jadi tanpa berlengah lagi, jom baca review kami mengenai Razer Hammerhead True Wireless X!

Reka bentuk

Razer Hammerhead True Wireless X didatangkan dalam sebuah kotak, dan didalamnya mengandungi earbud yang disimpan dalam case pengecas, kabel pengecas, silicon sleeve earbud, manual pengguna dan pelekat Razer. Earbud ini mempunyai gaya seperti Airpod Apple, tetapi didatangkan dengan reka bentuk warna hitam gelap kilat dan mempunyai kawalan sentuh LED backlit berwarna hijau RYB yang menampakkan lebih cool bila anda pakai. Reka bentuk earbud ini sangat selesa dipakai kerana ia tidak longgar dan tidak akan terasa panas atau sakit telinga walaupun digunakan dalam tempoh yang lama.

Anda boleh mendengar lagu rock atau metal sambil headbang tanpa perlu risau ia jatuh tertanggal kerana earbud ini akan sentiasa melekat pada telinga. Malah, pengguna juga boleh menggunakannya ketika berjalan serta berjogging di luar sambil mendengar lagu kegemaran.

Selain itu, earbud ini direka wireless dan berfungsi melalui Bluetooth 5.2 serta auto pairing. Ini bermaksud, anda tidak perlu menghadapi masalah wayar yang bersimpul atau terputus kerana ia sangat ringkas digunakan. Anda hanya perlu sambungkan Bluetooth dari peranti, keluarkan ianya dari case dan terus pakai ke telinga.

Sedap digunakan untuk gaming, menonton filem dan kegunaan harian

Razer terkenal dengan menghasilkan barangan gaming yang berkualiti tinggi, jadi ia sangat sesuai untuk digunakan sambil bermain game. Dengan Mod Gaming latensi serendah 60ms dan suara yang mendalam, anda akan lebih peka pada keadaan sekeliling, terutama apabila bermain game battle royale seperti PUBG Mobile dan COD Mobile. Malah, anda juga tidak akan hadapi masalah untuk mendengar pergerakan musuh atau tembakan dari jauh kerana ianya sangat sensitif. Namun, diingatkan bahawa anda perlu menyelaraskan volume sebelum bermain supaya ia tidak merosakkan pendengaran akibat kesan tembakan senjata dari jarak dekat.

Walau bagaimanapun, disebabkan earbud ini menggunakan Bluetooth, Mod Gaming akan mempunyai delay audio sekitar 30ms sahaja. Tetapi ianya tidak menjadi masalah besar kerana anda pasti boleh beradaptasi dengan delay ini dan bermain seperti biasa. Saya turut mendapati bahawa tidak banyak perbezaan audio yang ketara antara Mod Gaming dan Mod Normal, jadi jika anda terlupa untuk memasang mod itu ketika bermain ia masih tidak menjadi masalah.

Razer Hammerhead True Wireless X bukan sahaja sesuai untuk gaming, ia boleh digunakan untuk aktiviti seharian seperti mendengar lagu, menonton filem dan membuat panggilan video. Disebabkan jarak antara bilik dan dapur saya tidak jauh, jadi saya boleh meninggalkan laptop untuk mengambil air, sambil mendengar dan berbual semasa melakukan panggilan video tanpa terputus. Tetapi ia akan mula mengalami gangguan tersekat jika anda melebihi 10 meter dari jarak dengan peranti.

Di samping itu, earbud ini mempunyai kualiti bunyi yang sangat hebat jika anda ingin menggunakannya untuk menonton video dan mendengar lagu. Ia memberikan perbezaan jelas pada instrumen yang dimainkan seperti bunyi bass dan drum semasa mendengar lagu serta tidak akan mengalami gangguan dari bunyi luar.

Bateri tahan lama

Dengan mengecas penuh earbud dan charging case, anda boleh menggunakannya sehingga 28 jam tanpa memasang LED-nya. Anda boleh mengecas penuh earbud sebanyak 3 kali apabila disimpan dalam charging case, dan ia boleh bertahan sehingga 6 jam untuk menikmati pengalaman gaming yang lebih tanpa perlu risau kehabisan bateri. Untuk memastikan hayat bateri boleh bertahan lebih lama, pastikan anda mematikan LED earbud bagi menambahkan lebih sejam lagi penggunaannya.

Selaras bunyi ikut kesukaan anda dengan Razer Audio

Pengguna boleh memuat turun aplikasi Razer Audio di Android dan iOS bagi membuat penetapan bunyi pada earbud. Dengan aplikasi ini, anda boleh memilih kesan bunyi Equalizer yang telah disediakan atau membuat penyesuaian mengikut citarasa bunyi yang diingini. Antara penyelarasan bunyi Equalizer yang boleh anda pilih untuk earbud adalah:

  • Custom : Menyelaraskan bunyi mengikut citarasa pemakai
  • Amplified : Memberikan tambahan bunyi pada audio
  • Default : Bunyi biasa
  • Enhanced Bass : Memberikan tambahan bunyi pada bass
  • Enhanced Clarity : Menjadikan audio lebih jelas
  • Vocal : Audio vokal lebih jelas berbanding instrumen

Tambahan pula, Anda juga boleh remapping setiap fungsi ketukan atau gerak isyarat untuk earbud ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan menggunakan Razer Audio. Dengan fungsi ini, pengguna tidak perlu mengeluarkan peranti mereka untuk menukar lagu atau menekan butang pause dan stop di video, kerana anda hanya perlu mengetuk lembut earbud untuk membuat penukaran. Malah, mengangkat panggilan telefon menjadi lebih mudah dengan hanya sekali ketukan pada earbud.

Spesifikasi produk

Spesifikasi produk

  • Respon frekuensi: 20 Hz – 20 kHz
  • Impedans: 32 Ω
  • Kepekaan: 91 db @ 1 mW / 1 kHz
  • Kuasa input: 8 mW (input maksimum)
  • Pemacu: 13 mm
  • Penyambung: Bluetooth 5.2
  • Hayat Bateri: – Hingga 24 Jam (6 + 18) dengan Lampu Hidup
    – Hingga 28 Jam (7 + 21) dengan Lampu Mati
  • Panjang Kabel: N / A
  • Berat Case Pengecasan: 42g
  • Berat Earbud: 10g
  • Corak pengambilan mikrofon: Omnidirectional
  • Nisbah isyarat-ke-bunyi mikrofon: 64 dB
  • Kepekaan mikrofon: 26 dBFS
  • Keserasian: Peranti dengan keupayaan audio Bluetooth
  • Aplikasi telefon pintar tersedia untuk Android dan iOS
  • Codec yang disokong: SBC, AAC

Kesimpulannya

Secara keseluruhannya, Razer Hammerhead True Wireless X adalah earbud yang sangat sesuai untuk anda bermain game dan menggunakannya dalam aktiviti seharian. Rekaan yang ringkas tetapi masih mengekalkan identiti Razer, menjadikan earbud ini sangat sesuai untuk pemain mobile gunakan bagi memantapkan lagi pengalaman bermain mereka dengan penuh gaya.

Dari segi keselesaan, earbud ini sangat mesra pengguna kerana anda boleh memakainya sambil bergerak melakukan kerja dengan bebas tanpa perlu risau ianya terjatuh. Malah, anda boleh membuat panggilan video dan bercakap bercakap bersama rakan walaupun tidak berada di meja kerja. Ia juga tidak menjejaskan keselesaan anda seperti terasa panas atau sakit telinga jika menggunakan earbud ini apabila menggunakannya terlalu lama.

Walaupun ini adalah earbud yang sesuai untuk bermain game, tetapi ianya masih mempunyai masalah delay seperti earbud Bluetooth lain. Tetapi bagi saya ini tidak menjadi isu besar kerana 30ms delay yang dialami masih tidak menjejaskan gameplay ketika bermain game.

Akhir sekali, earbud ini mampu memberikan pengalaman audio yang pelbagai untuk pemakai dengan fungsi dari aplikasi Razer Audio. Dengan bantuan aplikasi ini juga, aktiviti dan kerja anda akan jadi lebih mudah tanpa perlu menatap skrin telefon, kerana semuanya boleh dikawal dengan mengetuk earbud dengan lembut sahaja.

Jadi, bagi pemain game mobile yang inginkan alat pendengaran yang mantap dan bergaya serta mempunyai fungsi pelbagai, anda boleh dapatkan produk ini dengan harga RM349 di pengedar sah atau membelinya terus di laman web Razer. Untuk membaca review kami berkaitan produk Razer yang lain, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: EarbudrazerRazer Hammerhead True Wireless Xreview
Previous Post

Game First Person Shooter Gundam Evolution akan dilancarkan pada tahun 2022

Next Post

Pokémon Unite sah hadir di Nintendo Switch 21 Julai ini dan membawa bonus Zeraora Percuma!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Senarai game untuk PS Plus serba baharu termasuk Ghost of Tsushima dan Assassin’s Creed: Valhalla
Berita

Senarai game untuk PS Plus serba baharu termasuk Ghost of Tsushima dan Assassin’s Creed: Valhalla

May 16, 2022
Review Prehistoric Planet: Belajar tentang zaman prasejarah dalam cara lebih mengasyikkan!
Review

Review Prehistoric Planet: Belajar tentang zaman prasejarah dalam cara lebih mengasyikkan!

May 16, 2022
Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall
Tempatan

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

May 14, 2022
Next Post
Pokémon Unite sah hadir di Nintendo Switch 21 Julai ini dan membawa bonus Zeraora Percuma!

Pokémon Unite sah hadir di Nintendo Switch 21 Julai ini dan membawa bonus Zeraora Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

by Razin Syafiq
May 14, 2022
0

Anime Fest adalah salah satu acara ACG paling dinanti-nantikan di Malaysia, tetapi siapa sangka ia begitu popular sehingga menyebabkan kesesakan trafik...

Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain

Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain

by Razin Syafiq
May 13, 2022
0

Walaupun Shin Ultraman sedang sibuk ditayangkan di pawagam Jepun sekarang, filem Shin Kamen Rider pula sedang sibuk mengeluarkan teaser dan...

EVA-01 & Angel akan tiba ke PUBG Mobile bersama mode baru dalam Version 2.0 Update!

EVA-01 & Angel akan tiba ke PUBG Mobile bersama mode baru dalam Version 2.0 Update!

by Razin Syafiq
May 13, 2022
0

PUBG MOBILE, hari ini telah mengumumkan game mode terhad baru yang diilhamkan oleh siri anime terkenal EVANGELION di mana pemain...

Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

by Maira
May 13, 2022
0

Demon Slayer sememangnya popular dalam komuniti anime dan fandomnya juga boleh tahan ramai juga. Sudah tentu masing-masing mempunyai pendapat dan...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In