Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game co-op Nobody Saves the World akan tiba pada April 2022 untuk PS & Switch

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 5, 2022
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One
0 0
0
Game co-op Nobody Saves the World akan tiba pada April 2022 untuk PS & Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada game AAA, Nobody Saves the World adalah satu lagi game yang patut korang beri perhatian bagi 2022 walaupun hanya sekadar ‘indie‘. Sejak dilancarkan pada PC dan Xbox, game ini telah mendapat banyak pujian daripada pengkritik dan gamer di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, DrinkBox Studios (pencipta) nampaknya masih bercita-cita tinggi, kerana mereka bakal mengeluarkan Nobody Saves the World di platform PlayStation dan Nintendo Switch pada 14 April 2022.

Secara ringkas, Nobody Saves the World ialah action RPG luas yang dimainkan dari perspektif ‘atas ke bawah’. Di dalam game, kita mengawal akan seorang watak bernama Nobody, yang mempunyai tongkat ajaib yang membolehkannya berubah menjadi 18 bentuk berbeza, seperti penyu dan bodybuilder. Game ini juga membolehkan pemain mencampur dan memadankan abiliti daripada bentuk berbeza untuk mencipta kombo yang kuat dan efektif.

Selain pengumuman ini, Nobody Saves the World juga akan menerima update di semua platform yang menambahkan mode ‘local co-op’. Asalnya, game ini hanya menyokong ‘online co-op’ semasa ia dilancarkan pada PC dan Xbox. Sekarang, DrinkBox ingin memastikan pemain boleh berseronok dengan kawan secara berdepan. Bukan itu sahaja, versi Switch malah direka untuk dimainkan dalam mode tabletop, di mana setiap pemain dapat mengawal watak masing-masing memakai satu Joy-con.

Seperti kebanyakan game ‘dungeon crawler’, Nobody Saves the World menggalakkan kerjasama pasukan, dan bermain dengan rakan adalah cara terbaik untuk mengalami game ini. Saya tidak kata ia salah untuk bermain seorang, tetapi pengalamannya lebih menarik jika bersama kawan, lagi-lagi seorang yang mempunyai minat sama dengan anda.

Sekali lagi saya ingatkan, Nobody Saves the World akan dikeluarkan untuk PS4, PS5 dan Nintendo Switch pada 14 April 2022.

Tags: co-opnintendo switchNobody Saves the Worldplaystation
Previous Post

Game adaptasi pertama Made in Abyss dedahkan tarikh pelancaran dan trailer!

Next Post

Coca-Cola Byte – Minuman edisi terhad untuk para gamer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Coca-Cola Byte – Minuman edisi terhad untuk para gamer

Coca-Cola Byte - Minuman edisi terhad untuk para gamer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd