Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game aksi fast paced, Ultra Age akan dilancarkan pada 28 April di PC

safwan by safwan
April 21, 2022
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PS4, Steam
0 0
0
Game aksi fast paced, Ultra Age akan dilancarkan pada 28 April di PC
Share on FacebookShare on Twitter

Intragames telah mengumumkan bahawa Ultra Age akan dilancarkan pada 28 April 2022 di PC melalui Steam. Ultra Age adalah game aksi berkelajuan tinggi yang dibangunkan oleh syarikat game indie, Next Stage dan Visual Dart yang mengendali bahagian grafik.

Game ini telah dikeluarkan pada 9 September 2021 di PlayStation 4 dan Nintendo Switch. Mereka menggunakan Unreal Engine 4 dan menarik banyak perhatian semasa game ini dikeluarkan dengan menunjukkan aksi dan gameplay yang sangat baik melangkaui jangkaan game indie.

Berikut adalah sinopsis Ultra Age:

Pada tahun 3174 di mana sumber Bumi telah habis dan ekosistem dimusnahkan oleh meteor, terdapat manusia yang melarikan diri dari Bumi dan menetap di koloni angkasa “Orbital Arc” dan ada yang menetap di “Shelter” Bumi.

Apabila semua bekalan dihantar dari orang Shelter ke ‘Orbital Arc’ tiba-tiba terputus, manusia memulakan percubaan untuk mencari harapan terakhir. ‘AGE’ yang merupakan seorang pahlawan muda dan pandai menggunakan pedang telah jatuh dari ‘Orbital Arc’ ke Bumi, dan memulakan perjalanan dengan Android Helvis untuk mencari kunci penting bagi masa depan umat manusia.

Menurut Intragames, mereka telah buat pelbagai penambahbaikan dalam Ultra Age seperti grafik, gameplay, frame (FPS) dan banyak lagi. Mereka telah mempertingkatkan latar belakang, kualiti grafik dan penampilan watak utama Ultra Age. Mereka juga membuat penambahan pada pilihan grafik, pelarasan reka bentuk level dan kesukaran game. Beberapa elemen dalam game telah diubah suai supaya gameplay jadi lebih selesa.

Bagi audio, suara Inggeris-Jepun sedia ada telah dirakam semula sepenuhnya untuk mempertingkatkan kualiti game ini. Mereka juga telah menambahbaik pelbagai bug yang telah dijumpai dalam versi terdapat dalam game ini.

Selain itu, Intragames akan menyediakan DLC yang mengandungi kandungan terakhir untuk pemain yang telah menghabiskan semua cerita dalam story mode. Mereka akan memberikan DLC ini secara percuma pada penggal ke-3 tahun ini.

Bersama-sama dengan pengumuman tarikh keluaran, Intragames mengumumkan bahawa penambahbaikan dan tambahan kepada Ultra Age akan diterapkan di semua versi platform termasuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC. Bagi versi konsol, mereka akan memberikan kemas kini secepat mungkin.

Untuk lebih banyak berita menarik tentang Ultra Age, sila klik pautan ini.

Tags: ultra age
Previous Post

Controller PS5, DualSense sudah boleh update guna PC! Tak perlu cari PS5 dah!

Next Post

Pra-daftar Ni no Kuni: Cross Worlds sekarang di App Store dan Google Play!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
Pra-daftar Ni no Kuni: Cross Worlds sekarang di App Store dan Google Play!

Pra-daftar Ni no Kuni: Cross Worlds sekarang di App Store dan Google Play!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd