Berikutan pelancaran Transformers Optimus Prime G-Shock Collection pada 2018 untuk ulang tahun ke-35 mereka, G-Shock dan Transformers berkolaborasi sekali lagi untuk produk khas pada Disember 2019. Tepat pula masanya untuk musim Krismas.
Produk khas baru ini diilhamkan oleh Master Nemesis Prime, Decepticon yang dicipta oleh Unicron. Ia dilengkapi dengan figura Nemesis Prime yang boleh berubah daripada figura menjadi alas jam, serta G-Shock DW-5600TF19 custom. G-Shock DW-5600TF19 ini dilengkapi dengan butiran merah dan teal serta dual-layer molding band hitam di luar dan di dalam. Lampu backlight EL juga akan memancarkan logo Decepticon apabila diaktifkan.
Set kotak G-Shock x Transformers DW-5600TF19 Nemesis Prime akan tersedia bermula 7 Disember 2019 di Jepun dan bernilai sebanyak JPY30,000 (RM1147.46) di laman web rasmi G-Shock. Nice gila kan? Bayangkan kalau dapat gabungkan dengan set Optimus Prime pulak.. Fuhh merecikk.
@gamersantaimy
Discussion about this post