Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Frost Giant Studios mengumumkan ‘Stormgate’, game RTS antara mecha vs iblis

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2022
in Artikel, Berita, PC, Real time strategy, Steam
0 0
0
Frost Giant Studios mengumumkan ‘Stormgate’, game RTS antara mecha vs iblis
Share on FacebookShare on Twitter

Frost Giant Studios hari ini memperkenalkan Stormgate, sebuah game RTS di acara Summer Game Fest. Dengan fokus pada ciri-ciri sosial, Stormgate menampilkan pelbagai mode co-op dan sambungan komunikasi yang menarik. Stormgate akan datang ke Windows PC melalui Steam dan adalah percuma untuk dimainkan/free-to-play.

Stormgate berlangsung dalam dunia pasca apokaliptik di mana fiksyen sains dan fantasi bertembung. Kisah ini bermula beratus-ratus tahun di masa depan Bumi, selepas manusia hampir pupus. Malapetaka besar ini berlaku kerana ‘Infernals’—bangsa makhluk asing (juga boleh dimainkan) yang ingin menuntut Bumi sebagai milik mereka.

Iblis ini sebenarnya muncul dari Stormgates—portal yang asalnya tidak aktif tetapi mula mengeluarkan pelbagai iblis semasa ribut suria yang kuat. Apabila Infernals kembali untuk mengancam manusia sekali lagi, manusia mesti mengumpulkan keberanian – dan memandu mesin setinggi 20 kaki – untuk menyelamatkan dunia.

Dalam game, pemain akan dapat mengambil bahagian dalam pelbagai mode dan aktiviti termasuk:

  • Misi kempen berasaskan cerita, yang boleh dimainkan secara solo atau bersama rakan
  • Klien epsorts yang bersepadu sepenuhnya, termasuk perlawanan ranked 1v1 pada tangga kompetitif dan 3v3 berasaskan pasukan dengan syarat kemenangan yang unik
  • Mod co-op 3vE (tiga pemain lwn. AI), menampilkan kemajuan-meta dan cara untuk customize kebolehan askar untuk mencipta sinergi yang kuat
  • Luahkan kreativiti dan kemahiran reka bentuk anda dengan in-game Editor
  • Custom game yang dibuat oleh ahli komuniti lain
  • Saksikan perlawanan dan level up dalam dunia sebenar dengan alatan pembelajaran yang canggih

Dibina dalam Unreal Engine 5 dan teknologi simulasi SnowPlay, Stormgate menyokong visual HD resolusi tinggi dalam 4K dan beratus-ratus model unit dalam peperangan berskala besar di pelbagai peta dan set. UI (user interface) juga direka untuk membuatkan genre RTS lebih mudah didekati dengan menghapuskan input yang tidak perlu, meletakkan unit untuk mengawal kumpulan secara automatik, dan mengemaskan gameplay.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Frost Giant Studios yang berpangkalan di California Selatan telah diasaskan pada 2020 oleh Tim Morten dan Tim Campbell, veteran dalam industri gaming yang membantu mencipta beberapa game PC paling terkenal dan terlaris sepanjang masa termasuk WarCraft III dan StarCraft II.

Tim Morten – Kiri // Tim Campbell – Kanan

“Kami sedang membina Stormgate untuk komuniti real-time strategy – masa lalu, sekarang dan masa depan. Visi kami adalah untuk mencipta pengalaman sosial yang memecahkan halangan yang menjauhkan jauh, untuk mengalu-alukan kembali pemain yang telah menunggu RTS hebat seterusnya, dan untuk membuktikan bahawa genre RTS boleh berkembang maju sekali lagi.”

kata Tim Morten, CEO dan pengarah produksi di Frost Giant Studios.

“Gabungan fiksyen sains dan fantasi dalam dunia Stormgate, bersama dengan fokus pada naratif yang dipacu watak, akan menyediakan peluang bercerita untuk pemain menikmati. Pasukan kami sedang membina ‘game real-time strategy terbaik dalam kelas’ yang akan meneruskan tradisi RTS kompetitif berkemahiran tinggi sambil berinovasi dalam kawasan seperti user interface dan co-op untuk menjadikan genre lebih mudah didekati berbanding sebelum ini.”

kata Tim Campbell, presiden dan pengarah permainan di Frost Giant Studio.

Game RTS Stormgate kini dalam peringkat pembangunan pra-alfa dan akan mulakan ujian beta pada 2023. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web rasmi, di mana anda boleh daftar untuk menyertai ujian beta.

Tags: Frost Giant StudiosPCrtsStormgate
Previous Post

[SGF 2022] The Last of Us Part I diumumkan untuk PS5 & PC, akan keluar 2 September

Next Post

[Preview] Saints Row Boss Factory – Gayakan watak Boss dengan pelbagai reka bentuk!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[Preview] Saints Row Boss Factory – Gayakan watak Boss dengan pelbagai reka bentuk!

[Preview] Saints Row Boss Factory - Gayakan watak Boss dengan pelbagai reka bentuk!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd