Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Preview] Saints Row Boss Factory – Gayakan watak Boss dengan pelbagai reka bentuk!

Maira by Maira
June 10, 2022
in Artikel, Berita, Game, Preview
0 0
0
[Preview] Saints Row Boss Factory – Gayakan watak Boss dengan pelbagai reka bentuk!
Share on FacebookShare on Twitter

Saints Row (2022) telah melepaskan demo percuma untuk dimainkan iaitu Boss Factory. Kalau anda ingin tahu, melalui Boss Factory anda akan didedahkan dengan ciri penyesuaian mendalam yang tersedia dalam Saints Row. Bukan setakat itu sahaja, watak yang anda reka melalui demo ini boleh diimport ke dalam full game apabila ia dilancarkan nanti. Inilah masanya untuk anda reka Boss sendiri dan kongsikannya kepada pemain lain ataupun anda boleh muat turun rekaan dalam talian. Jika anda link akaun anda, terdapat ganjaran yang tersedia.

Tetapan yang tersedia

Untuk pengetahuan anda, tetapan ini hanya tersedia untuk mereka watak sahaja, jadi dalam game mungkin ada penambahan baru untuknya. Nasib baik game ini menyediakan satu bar yang menunjukkan penggunaan VRAM. Bolehlah pantau sedikit prestasinya nanti jika anda menggunakan PC. Berikut adalah tetapan yang tersedia dalam Boss Factory:

Tetapan umum:

  • Master Volume
  • Display mode
  • Resolution
  • Refresh rate (60 / 144hz)
  • Vsync
  • Graphics Quality Preset
    • Advanced Display options
  • Brightness
    • Brightness Options (HDR / SDR offsets)
    • Scene brightness

Tetapan terperinci:

  • Frame rate cap: 60Hz / uncapped
  • Antialiasing: FXAA / TSSAA 8x / Off
  • Scene detail: Low / Medium / High
  • Shadow quality: Low to Ultra
  • Post processing: Low to Ultra
  • Effects quality: Normal / High
  • Texture cache size: Low to High
  • Texture filter quality: Anitrosopic 1x to 16x, Trilinear
  • General reflections: Low to high
  • Planar reflections: Normal / High
  • Screen space reflection: Off to High
  • Global illumination quality: Low / High
  • HBAO: Off to Normal

Menghasilkan Boss yang hebat dan bergaya

Walaupun penyesuaian dia sangat terperinci, tetapi terdapat beberapa benda yang tidak boleh diubah contohnya panjang lengan baju, material pakaian dan colour channel yang terhad.

Untuk tekstur kulit pula, ia juga telah dihadkan kerana terdapat beberapa tetapan yang terpaksa ditutup mengikut jenis kulit yang anda pilih.

Kalau anda ingin melihat preview untuk corak pada badan seperti luka, tau dan lain-lain, anda perlu mengubah tetapan “modesty”. Kalau tidak, anda hanya nampak watak dengan pakaian dalam yang akan berkelip. Daripada menyakitkan mata baik tutup sahaja. Tidaklah terganggu sangat semasa melihat preview.

Berkenaan “personaliti” watak, terdapat beberapa jenis suara dan emote yang tersedia untuk digunakan oleh Boss anda. Tetapi malang sekali, suara itu tidak boleh ditukar nadanya. Kalau ia boleh ditukar, rasanya itu akan menjadi tambahan yang menarik.

Kesimpulan

Demo Boss Factory ini memberikan kita gambaran mengenai benda yang kita boleh nantikan apabila Saints Row dilancarkan nanti. Ada banyak lagi benda yang anda boleh sesuaikan seperti kenderaan dan senjata. Anda boleh membaca preview serta temu ramah bersama pembangun untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Harap-harap dalam game nanti terdapat beberapa tambahan daripada pihak pembangun.

Saints Row Boss Factory kini tersedia secara percuma di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Epic Games Store. Kalau anda ingin dapatkan liputan lain mengenai Saints Row daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Boss FactoryPreviewSaints Row
Previous Post

Frost Giant Studios mengumumkan ‘Stormgate’, game RTS antara mecha vs iblis

Next Post

[SGF 2022] The Callisto Protocol dedahkan gameplay baru, aksi “bunuh melampau”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[SGF 2022] The Callisto Protocol dedahkan gameplay baru, aksi “bunuh melampau”

[SGF 2022] The Callisto Protocol dedahkan gameplay baru, aksi "bunuh melampau"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd