Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Francais Game Popular ‘Persona’ Bakal Diadaptasi Menjadi Siri Live-Action Netflix

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2026
in Artikel, Berita, Khabar angin, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Francais Game Popular ‘Persona’ Bakal Diadaptasi Menjadi Siri Live-Action Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut laporan daripada Variety, Netflix kini dalam perancangan awal untuk menghasilkan siri televisyen live-action berdasarkan francais permainan video popular, Persona.

Projek ini dilaporkan akan menampilkan Christopher Monfette sebagai penulis, executive producer, dan showrunner. Monfette sebelum ini terkenal menerusi hasil kerjanya dalam siri Star Trek: Picard, 12 Monkeys, dan 9-1-1. Beliau juga sedang bertugas sebagai penulis dan co-executive producer untuk siri Marvel di Disney+ akan datang, Vision Quest.

Selain itu, barisan executive producer turut disertai oleh Shawn Levy dan Robert Atwood daripada 21 Laps: syarikat produksi di sebalik siri popular Stranger Things yang mempunyai perjanjian televisyen eksklusif dengan Netflix. Emily Feher pula akan menyelia projek ini bagi pihak 21 Laps. Penerbitan juga akan dibantu oleh Dmitri M. Johnson, Michael Lawrence Goldberg, dan Timothy I. Stevenson sebagai executive producer daripada Story Kitchen, di samping Toru Nakahara daripada SEGA.

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada adaptasi live-action Persona akan mengikut jalan cerita daripada mana-mana game dalam siri RPG sedia ada; seperti kisah detektif sekolah menengah dalam Persona 4 atau kumpulan Phantom Thieves dalam Persona 5… ataupun membawakan plot baharu sepenuhnya. Sejak membuat kemunculan pada tahun 1996 sebagai spin-off kepada siri Shin Megami Tensei, francais Persona berkembang menjadi antara jenama permainan video terbesar di dunia dengan jualan melebihi 30 juta unit.

Francais ini pun sedang melalui fasa yang sangat aktif. Pada awal bulan ini, Atlus mengumumkan bahawa remake Persona 4 Revival, akan dilancarkan pada 18 Februari 2027 bagi PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store), serta akan tersedia di Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran.

Pada masa yang sama, Atlus turut mengesahkan bahawa Persona 6, iaitu game utama seterusnya untuk IP berkenaan, sedang giat dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC.

Tags: live actionnetflixPersona
ShareTweetSend
Previous Post

Daripada ‘Fighting Game’ Ke ‘Fighting Adventure’, Bagaimana Virtua Fighter Crossroads Mengeksplorasi Dunia Baru

Next Post

Samsung, SK Hynix, & Micron Disaman Atas Dakwaan Pakat Memanipulasi Harga DRAM

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
Samsung, SK Hynix, & Micron Disaman Atas Dakwaan Pakat Memanipulasi Harga DRAM

Samsung, SK Hynix, & Micron Disaman Atas Dakwaan Pakat Memanipulasi Harga DRAM

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd