Nintendo Switch kini dapat disambungkan dengan peranti audio Bluetooth berikutan kemas kini firmware terbaru. Mulai hari ini, pemilik Switch yang mengemas kini Switch mereka ke firmware terbaru dapat menyambungkan peranti wireless Bluetooth mereka ke Switch.
Pemilik Switch perlu memuat turun patch firmware terkini untuk menggunakan peranti Bluetooth mereka. Dari sana, mereka dapat mencari pilihan Audio Bluetooth di halaman Tetapan Sistem. Sebaik sahaja anda memilih “Pair”, Switch akan mencari peranti audio Bluetooth yang tersedia dan menyambung ke peranti tersebut apabila dijumpai.
Switch hanya dapat sync dengan satu peranti audio pada satu masa tetapi dapat menyimpan hingga 10 peranti dalam sistem.
Kemas kini firmware terbaru juga mempunyai kebolehan untuk mengemas kini perisian pada Switch dock, tetapi hanya dock baru yang mempunyai port LAN seperti model Switch OLED sahaja dapat menggunakannya. Ciri ini juga tidak tersedia pada Nintendo Switch Lite.
Perlu diingatkan bahawa ketika disambungkan ke peranti audio Bluetooth, hanya dua wireless controller yang dapat disambungkan ke Switch pada satu masa. Jika anda menyambung wireless controller tambahan, ia akan memutuskan peranti audio Bluetooth. Selain itu, mikrofon Bluetooth juga tidak boleh digunakan dengan Switch. Anda juga mungkin mengalami latency audio bergantung pada peranti Bluetooth anda. Audio Bluetooth juga tidak dapat digunakan semasa local wireless communication aktif.
Had wireless controller ini boleh menjadi sebab mengapa Nintendo tidak pernah mengaktifkan ciri audio ini pada Switch walaupun sudah empat tahun dilancarkan. Akibatnya, beberapa pemilik Switch terpaksa menggunakan third-party adaptor untuk menyambungkan headset Bluetooth mereka ke Switch.
Firmware terbaru ini juga membolehkan pemilik Switch untuk mengekalkan sambungan internet mereka ketika Switch dalam Sleep Mode. Ini membolehkan perisian dan kandungan tambahan di muat turun semasa dalam Sleep Mode.
Setelah firmware ini dilancarkan, anda boleh menyambungkan Apple AirPod anda atau peranti audio Bluetooth lain dengan bebas. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai model Nintendo Switch OLED, permainan switch atau perkara menarik tentang Switch, anda boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post