Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fire Emblem: Fortune’s Weave Dilancarkan September 2026 – Empat Wira, Satu Impian

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Fire Emblem: Fortune’s Weave Dilancarkan September 2026 – Empat Wira, Satu Impian
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo dan pembangun Intelligent Systems mengumumkan bahawa Fire Emblem: Fortune’s Weave akan dilancarkan untuk konsol Nintendo Switch 2 pada 17 September 2026. Ini merupakan game utama ke-18 dalam siri RPG taktikal ini, serta adalah judul besar pertama sejak Fire Emblem Engage pada tahun 2023.

Pre-order sudah dibuka di Nintendo eShop.

Kisah Fortune’s Weave berlatarkan Dagdan Empire, sebuah tanah makmur yang diperintah oleh para dewa. Cerita tertumpu di ibu kota Dagsion, yang menjadi tuan rumah kepada pertandingan gladiator yang dikenali sebagai Heroic Games. Para pahlawan dari seluruh benua berkumpul di sini kerana para dewa telah berjanji untuk memakbulkan satu permintaan kepada sesiapa sahaja yang memenangi kejohanan tersebut.

Pemain akan mengikuti kisah pengembaraan empat watak utama berbeza yang saling berkait rapat, di mana masing-masing didorong oleh matlamat peribadi tersendiri:

  • Cai: Seorang budak lelaki berhati mulia dari Ribeira Village yang mempunyai sebutir permata misteri di tapak tangannya. Dia bertekad untuk menang demi membebaskan bapanya yang dipenjarakan.
  • Dietrich: Seorang pahlawan pedang berambut putih yang kejam. Dia mengembara ke serata tempat untuk mencari lawan yang lebih kuat bagi menguji kemahirannya.
  • Theodora: Seorang ratu yang disegani dari Saramis Kingdom yang menyertai arena ini bagi menjamin masa depan tanah airnya.
  • Leda: Seorang pemuzik berbakat yang bertarung demi membalas dendam.

Dari segi gameplay, Fortune’s Weave membahagikan masa antara fasa persiapan dan combat taktikal. Sebelum melangkah ke dalam perlawanan Heroic Games, anda boleh meneroka kota Dagsion serta kawasan sekitarnya. Semasa fasa persiapan ini, anda boleh melatih unit, merekrut sekutu baharu, dan membina hubungan sosial dengan rakan seperjuangan. Jika mahu mengumpul experience dan sumber tambahan, anda boleh mengembara ke luar kawasan ibu kota untuk melawan penyamun, memburu raksasa, serta meneroka dungeon.

Apabila perlawanan bermula, gameplay akan bertukar kepada combat turn-based menggunakan sistem grid. Untuk menang, anda perlu menilai kekuatan serta kelemahan unit anda, kelebihan kedudukan, dan menggunakan abiliti istimewa yang unik pada watak-watak utama.

Tags: Fire Emblem: Fortune’s Weave
ShareTweetSend
Previous Post

Echoes of Aincrad – Mengapa Kirito Tiada, Seberapa Kejam Mod Permadeath & Hala Tuju Game SAO

Next Post

Kingdom Hearts Collection [I ~ III] – Bundle Lengkap Bakal Tuju Ke PS5, Xbox Series X|S & Nintendo Switch 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Simpan Gem! NIKKE Sahkan Kolaborasi Gergasi Bersama Persona 3, 4, & 5
Berita

Simpan Gem! NIKKE Sahkan Kolaborasi Gergasi Bersama Persona 3, 4, & 5

August 2, 2026
Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Next Post
Kingdom Hearts Collection [I ~ III] – Bundle Lengkap Bakal Tuju Ke PS5, Xbox Series X|S & Nintendo Switch 2!

Kingdom Hearts Collection [I ~ III] - Bundle Lengkap Bakal Tuju Ke PS5, Xbox Series X|S & Nintendo Switch 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd