Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy XVI PC Dalam Peringkat Akhir Pengoptimuman, Bakal Keluarkan Demo Sebelum Lancar!

Maira by Maira
March 12, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC
0 0
0
Final Fantasy XVI PC Dalam Peringkat Akhir Pengoptimuman, Bakal Keluarkan Demo Sebelum Lancar!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama menyepi, akhirnya ada beberapa kemas kini mengenai Final Fantasy XVI (FFXVI) PC yang telah didedahkan oleh producer game, Naoki Yoshida. Dilaporkan oleh Game Informer bahawa pembangunan FFXVI PC berjalan dengan lancar malah ia dalam peringkat akhir pengoptimuman. Walaupun begitu, pemain mungkin perlu melihat spesifikasi PC masing-masing kerana game itu mungkin memerlukan keperluan sistem yang tinggi.

Final Fantasy XVI PC
Sumber: Square Enix

“Dari segi di mana kami berada dalam pembangunan pada masa ini, kami cuba memikirkan peringkat akhir pengoptimuman sekarang,” kata Yoshida.

“Apabila kami boleh mengeluarkan versi PC mungkin bergantung padanya – keperluan sistem dan spesifikasi PC yang pemain perlukan, jadi kami cuba memikirkannya. Sememangnya, [spesifikasi PC] kelihatan agak tinggi.” Tambahnya.

Final Fantasy XVI PC
Sumber: Square Enix

Yoshida turut mengongsikan bahawa mereka masih belum mempunyai tarikh pelancaran untuk versi PC game itu. Jadi pemain nampaknya perlu menunggu pengumuman rasmi mengenainya pada masa akan datang. Yang menariknya, pasukan pembangun telah merancang untuk mengeluarkan demo untuk pemain cuba sebelum pelancarannya. Yoshida juga menyatakan bahawa game itu akan lancar tidak begitu lama dari sekarang dengan mengacah jangka masa untuknya.

Sumber: Square Enix

“Sekali lagi, kami tidak boleh bercakap terlalu banyak daripada segi perincian bila ia akan dikeluarkan – saya fikir dalam masa yang lebih lama lagi kami akan berada di tempat yang lebih baik untuk mengumumkannya. Tetapi satu perkara yang pasti: Ia tidak akan terlalu jauh pada masa hadapan; ia tidak akan menjadi setahun, ia tidak akan menjadi dua tahun, ia mungkin akan lebih pendek daripada itu, jadi nantikannya.”

Sumber: Square Enix

Ini sememangnya berita yang baik buat peminat Final Fantasy PC. Harap-harap semua DLC Final Fantasy XVI yang dikeluarkan tersedia sekali untuk versi PC nanti. Jadi kita nantikan sahaja segala pengumuman baharu daripada Square Enix nanti.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Final Fantasy XVI daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: FF16FFXVIFinal Fantasy 16Final Fantasy XVI
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Stories Remaster Bakal Lancar Pada Jun 2024!

Next Post

Fairy Tail: 100 Years Quest Bakal Tayang Pada Julai 2024! Geng Natsu Kembali!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Fairy Tail: 100 Years Quest Bakal Tayang Pada Julai 2024! Geng Natsu Kembali!

Fairy Tail: 100 Years Quest Bakal Tayang Pada Julai 2024! Geng Natsu Kembali!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd