Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Stories Remaster Bakal Lancar Pada Jun 2024!

Maira by Maira
March 12, 2024
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
Monster Hunter Stories Remaster Bakal Lancar Pada Jun 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pengumuman mengenai remaster untuk game Monster Hunter Stories, ramai juga yang menantikan game tersebut memandangkan ia hanya dilancarkan pada Nintendo 3DS pada 2016. Dengan hadirnya versi remaster ini, lebih ramai pemain boleh menikmati penceritaan serta pengembaraannya nanti. Diumumkan semasa livestream Capcom Highlights, Monster Hunter Stories akan dilancarkan pada 14 Jun 2024 di PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam!

Versi remaster game ini akan mempunyai ciri-ciri baharu seperti lakonan suara penuh dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris, sari kata dengan 7 bahasa, Museum Mode yang memaparkan 200 seni konsep, muzik latar dan lakaran pembangun. Bukan setakat itu sahaja, kemas kini terdahulu juga akan tersedia. Sebagai tambahan, anda juga akan dapat pengalaman menunggang Monsties pada skrin yang besar dengan model, tekstur dan pencahayaan dalam HD.

Sumber: Capcom

Berita baiknya, pra-tempah untuk game akan tersedia tidak lama lagi. Kalau anda pra-tempah game ini, anda akan menerima kandungan istimewa seperti pakaian Navirou’s King dan Queen.

Tentang Monster Hunter Stories

Mulakan perjalanan ke dunia yang berwarna-warni di mana raksasa perkasa berkeliaran dan orang mencari rezeki dengan memburu mereka. Terletak di dalam kawasan ini adalah sebuah perkampungan tersembunyi di mana penduduk tempatan mengikuti set adat yang berbeza.

Sumber: Capcom

Di sini, Monster Riders membentuk ikatan dengan Monsties dan bukannya memburu mereka. Tidak seperti Hunters, Riders menjalin ikatan dan memanfaatkan kuasa batu persaudaraan, membolehkan mereka meneroka alam yang luas dan menggembirakan bersama-sama. Berjuang bersama-sama dalam pertempuran yang mendebarkan, tetaskan telur Monstie dan sesuaikan pasangan anda mengikut gaya anda.

Sumber: Capcom

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Monster Hunter daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: monster hunterMonster Hunter Stories
ShareTweetSend
Previous Post

Rise of the Ronin Preview — Penyesuaian Watak yang Baik, Dunia Terbuka Penuh Kandungan Untuk Diteroka

Next Post

Final Fantasy XVI PC Dalam Peringkat Akhir Pengoptimuman, Bakal Keluarkan Demo Sebelum Lancar!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
Final Fantasy XVI PC Dalam Peringkat Akhir Pengoptimuman, Bakal Keluarkan Demo Sebelum Lancar!

Final Fantasy XVI PC Dalam Peringkat Akhir Pengoptimuman, Bakal Keluarkan Demo Sebelum Lancar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd