Pada 11 Januari 2022, Sony Pictures Entertainment Malaysia telah mengumumkan filem tempatan baru ‘The Assistant’ lakonan Iedil Dzuhrie dan Hairul Azreen. Diarahkan dan dihasilkan oleh Adrian Teh (Paskal, Wira) dan Act 2 Pictures, filem ini dijangka menjadi filem “blockbuster” tempatan pertama sejak panggung wayang Malaysia dibuka semula.
Berikut adalah trailer rasmi dan sinopsis:
Filem aksi thriller ini menceritakan tentang Zafik (ledil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya.
Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu “tepat”. Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz? Filem ini juga menampilkan bintang Henley Hii sebagai Sam dan Farali Khan sebagai Sofia.
Semasa bercakap tentang kerjasama mereka dengan Act 2 Pictures, Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia Simon Foo berkata:
“Kami peminat besar kepada karya Adrian dan berbangga menjadi sebahagian untuk membawakan filem penuh aksi yang menakjubkan ini kepada penggemar filem di seluruh Malaysia. Kami menghargai peranan yang dimainkan oleh filem tempatan dalam memperkayakan industri filem tempatan kita dan menjadi harapan kami agar penonton Malaysia turut serta dalam usaha ini.
The Assistant adalah contoh bagaimana sebuah filem tempatan yang bagus boleh dihasilkan dan, tanpa ragu, mesti ditonton oleh mereka yang menikmati thriller bagus dengan jalan cerita menarik, rentak yang bagus dan aksi yang banyak.”
View this post on Instagram
The Assistant juga menandakan kerjasama kelima antara pelakon Hairul Azreen dan juga pengarah Adrian Teh, yang pernah berganding bahu untuk filem Paskal (2018), Wira (2019), Pasal Kau (2020) dan Ada Hantu (2021).
Bagi mereka yang berminat, The Assistant akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 19 Mei 2022.
Sumber – SAYS
@gamersantaimy
Discussion about this post