Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Slam Dunk rasmi keluar Fall 2022, Takehiko Inoue sendiri akan jadi pengarah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem Slam Dunk rasmi keluar Fall 2022, Takehiko Inoue sendiri akan jadi pengarah
Share on FacebookShare on Twitter

Slam Dunk rasmi telah menetapkan tarikh keluaran rasmi untuk filem anime dengan poster teaser baru! Anda boleh melihat poster teaser ini di bawah melalui akaun Twitter rasmi Slam Dunk:

Image

Salah satu pengumuman terbaru yang paling menarik semasa acara Jump Festa 2022 adalah siri Slam Dunk oleh Takehiko Inoue akhirnya akan kembali diadaptasikan ke anime selepas beberapa dekad dengan tayangan filem yang dijadualkan akan keluar pada tahun depan.

Seperti yang anda dapat melihat, poster ini menunjukkan “fist bump” (kemungkinan besar, Hanamichi Sakuragi dan rakan sepasukannya) dengan ayat “Saya tidak mahu kalah,” tertera di atas. Pada masa yang sama, ia turut mengesahkan filem ini akan keluar pada Fall (musim luruh 2022) di Jepun dan siapa yang akan bekerja di sebalik tabir projek.

全国の映画館で順次設置しています。
お立ち寄りの際は、ぜひチェックしてみてください!#SLAMDUNK #SLAMDUNKMOVIE pic.twitter.com/5YDEMFsBk3

— 映画『THE FIRST SLAM DUNK』公式 (@movie_slamdunk) December 17, 2021
Poster ini sudah dipaparkan di beberapa pawagam Jepun.

Pencipta siri, Takehiko Inoue, akan menulis dan mengarahkan filem itu untuk Toei Animation. Dia akan ditemani oleh Yasuyuki Ebara sebagai pereka watak dan pengarah animasi, Daiki Nakazawa sebagai pengarah CG, Yuta Ogura sebagai penerbit CG, Kazuo Ogura sebagai pengarah seni, Yota Tsuruoka dan Koji Kasamatsu sebagai pengarah bunyi, dan Katsuhiko Kitada, Naoki Miyahara, Toshio Ohashi dan Yu Kamatani sebagai pengarah teknikal.

Malangnya, masih belum ada sebarang pengesahan jika filem Slam Dunk akan ditayangkan secara antarabangsa, tetapi laman web utama yang dikeluarkan dalam pelbagai bahasa memberi isyarat bahawa ia akan berlaku.

Japanese comic series 'Slam Dunk' to be made into a movie | The Star

Inoue menerbitkan manga sukan ikoniknya di Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha dari tahun 1990 hingga 1996 dengan jumlah 31 jilid. Manga ini telah mengilhamkan sebuah anime pada tahun 1993, dan ia mendapat empat sekuel dalam bentuk filem anime. Berikut adalah sinopsis menurut Wikipedia:

Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan populariti, lalu menjadi ketua kepada sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati Haruko tidak takut kepada Sakuragi.

Haruko kemudian memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya, Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan bola keranjang. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang “loser” ( kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang).

Walaupun tidak matang dan amat panas baran, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atilt berpotensi dalam sukan berkenaan (kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede – musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP bola keranjang, dan Miyagi Ryota, pemain pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama dengan kapten pasukan Shohoku, Akagi Takenori, berusaha untuk menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Tags: filemjump fest 2022mangaSlam Dunk
Previous Post

PUBG Mobile masih kekal sebagai game mobile terlaris 2021 dengan untung lebih RM 4 billion!

Next Post

2 Novel spin-off Naruto mendapat adaptasi Manga!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!
DLC

Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!

June 6, 2026
Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Next Post
2 Novel spin-off Naruto mendapat adaptasi Manga!

2 Novel spin-off Naruto mendapat adaptasi Manga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd