Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Seram ‘Iron Lung’ Ciptaan Markiplier Bakal Datang Ke Pawagam Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 12, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Seram ‘Iron Lung’ Ciptaan Markiplier Bakal Datang Ke Pawagam Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Encore Films Malaysia mengesahkan bahawa Iron Lung, filem seram yang ditulis, diarahkan, dan dibintangi oleh YouTuber terkenal, Markiplier (Mark Fischbach), akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 Februari 2026.

Berita ini datang selepas kejayaan luar biasa filem tersebut di pasaran Barat. Walaupun hanya menggunakan bajet produksi sebanyak $3 juta (yang dibiayai sepenuhnya oleh Fischbach sendiri) filem ini mengejutkan industri dengan kutipan melebihi $21 juta secara global pada minggu pembukaan sahaja.

Diadaptasi daripada game cult-classic tahun 2022 karya David Szymanski, Iron Lung berlatarkan masa hadapan di mana satu peristiwa yang dikenali sebagai “The Quiet Rapture” telah menyebabkan semua bintang dan planet yang boleh dihuni di alam semesta hilang secara tiba-tiba.

Kisahnya mengikuti seorang banduan tanpa nama yang dihantar dalam satu misi tanpa jalan pulang. Dia dikurung di dalam sebuah kapal selam tanpa tingkap yang digelar “Iron Lung” dan diturunkan ke dalam lautan darah di sebuah bulan yang terbiar.

Dengan hanya berbekalkan peta dan kamera luar yang kabur untuk membantunya melihat keadaan, dia perlu mencari sumber penting demi kelangsungan hidup manusia… sambil menyedari ada sesuatu yang misteri sedang mengintai di sebalik kepekatan darah.

Walaupun Markiplier lebih dikenali oleh 36 juta pengikutnya menerusi kandungan gaming, Iron Lung merupakan projek kreatif paling bercita-cita tinggi buat dirinya setakat ini.

Tanpa bergantung kepada sistem studio tradisional, Fischbach menggalas hampir setiap peranan utama dalam produksi ini, termasuk bertindak sebagai penulis, pengarah, dan penerbit.

Filem ini telah mendapat pujian kerana penggunaan practical effect yang realistik serta keupayaannya menukarkan bajet $3 juta menjadi sebuah karya visual.

Ia memberi penekanan terhadap elemen horror “liminal” (iaitu ketakutan terhadap perkara yang tidak diketahui dan rasa terpencil) supaya setia dengan atmosfera game asal yang menjadi inspirasinya.

Tags: Iron LungMarkiplier
ShareTweetSend
Previous Post

Wildlight Entertainment Hentikan Majoriti Staf Hanya Dua Minggu Selepas Pelancaran Highguard!

Next Post

Previu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Hala Tuju Baru Mentakrifkan Semula Monster Hunter Stories!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Previu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Hala Tuju Baru Mentakrifkan Semula Monster Hunter Stories!

Previu Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection - Hala Tuju Baru Mentakrifkan Semula Monster Hunter Stories!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd