Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Return to Silent Hill Dedahkan Plot Cerita serta Pelakon Utama!

Maira by Maira
March 16, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Game, Movie/siri
0 0
0
Filem Return to Silent Hill Dedahkan Plot Cerita serta Pelakon Utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Oktober yang lalu, kita telah mendapat pelbagai berita baru mengenai francais Silent Hill yang telah lama menyepi. Salah satu projek terbaru francais ialah adaptasi filem yang bertajuk “Return to Silent Hill”. Filem tersebut nampaknya sudah menjumpai pelakonnya dan akan mulakan penggambaran tidak lama lagi.

Menurut Deadline, filem Return to Silent Hill akan dibintangi oleh Jeremy Irvine sebagai James dan Hannah Emily Anderson sebagai kekasih James. Penggambaran pula akan bermula bulan depan bertempat di Jerman dan Eropah Timur.

Dari kiri: Jeremy Irvine dan Hannah Emily Anderson

Berikut ialah sinopsis untuk filem Return to Silent Hill:

Filem ini mengisahkan James, seorang lelaki yang patah hati setelah berpisah dengan cinta sejatinya. Apabila surat misteri memanggilnya untuk kembali ke Silent Hill untuk mencarinya, dia telah mendapati bahawa bandar tersebut telah berubah oleh kuasa jahat yang tidak dikenali. Semakin jauh James dalam kegelapan, dia berjumpa dengan pelbagai makhluk baru dan lama yang mengerikan dan mula mempersoalkan kewarasannya sendiri, di mana dia cuba untuk memahami realiti dan bertahan untuk menyelamatkan cintanya yang hilang itu.

Silent Hill

Menurut produser filem Victor Hadida, dia memberitahu bahawa mereka akan membawa reka bentuk makhluk yang baru serta raksasa ikonik daripada game Silent Hill 2 untuk sekuel Silent Hill: Revelation itu. Mereka turut bekerjasama rapat dengan Konami untuk mencipta versi Silent Hill untuk penonton wayang.

Silent Hill

Agaknya bagaimanalah rupa raksasa baru itu nanti? Tidak sabar untuk melihat pendedahan lanjut selepas ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Silent Hill daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Return to Silent Hillsilent hill
Previous Post

Ghostwire: Tokyo umum update ‘Spider’s Thread’, akan hadir ke Xbox Series pada 12 April!

Next Post

James Gunn muncul sebagai pengarah Superman: Legacy! Filem bakal tiba pada 11 Julai 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
James Gunn muncul sebagai pengarah Superman: Legacy! Filem bakal tiba pada 11 Julai 2023!

James Gunn muncul sebagai pengarah Superman: Legacy! Filem bakal tiba pada 11 Julai 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd