Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghostwire: Tokyo umum update ‘Spider’s Thread’, akan hadir ke Xbox Series pada 12 April!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 16, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Ghostwire: Tokyo umum update ‘Spider’s Thread’, akan hadir ke Xbox Series pada 12 April!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bethesda Softworks dan Tango Gameworks mengumumkan bahawa Ghostwire: Tokyo akan dikeluarkan di platform Xbox Series pada 12 April bersama dengan update percuma ‘Spider’s Thread‘ untuk semua platform. Menambah pelbagai content baharu, berikut adalah antara tambahan baharu dalam update percuma ini:

Game mode serba baharu

Sahut cabaran ‘The Spider’s Thread’, mode baharu yang boleh dipilih daripada menu utama. Pemain mesti menghadapi 30 peringkat unik (dipilih secara rawak daripada lebih 130 peringkat buatan Tango Gameworks) dengan matlamat untuk sampai ke penghujung. Menyelesaikan peringkat dan cabaran akan membantu pemain memperoleh upgrade penting untuk menjadi lebih kuat demi menghadapi cabaran seterusnya.

Tetapi hati-hati: jika anda tewas, anda perlu bermula semula dari awal. Walau bagaimanapun, kali ini pemain akan mengekalkan sebahagian daripada upgrade yang diperoleh.

Cerita tambahan dalam Jalan Cerita Utama

Update ‘Spider’s Thread’ menambahkan lokasi baharu untuk dilawati di jalan raya Tokyo yang penuh hantu, termasuk kawasan Middle School yang menakutkan. Terdapat sesuatu yang bahaya di dalam salah satu bilik darjah, tetapi bagi pemain yang benar-benar tidak menyukai jumpscare, tetapan “Reduced Horror Effects” baharu akan menggantikan kesan psikik tertentu dengan pelekat anjing Hachiko yang comel.

Selain misi baharu, update ini menampilkan cutscene tambahan, yang memberikan lebih banyak interaksi antara watak dan menunjukkan pandangan mereka tentang plot semasa kita melalui kisah Akito dan KK untuk menghentikan Hannya.

Skill/Abiliti baharu

Kemahiran Akito turut diperluaskan dengan abiliti baharu seperti Counter-Attack untuk menyambung serangan selepas melakukan ‘block’; Quick Dodging untuk mengelak serangan musuh dan; Charge Rush, evolusi teknik Ethereal Weaving yang membolehkan kita menguatkan serangan Palm Strike!

Pada masa yang sama, pemain juga boleh menggunakan talisman Tengu Wind untuk menyeru ribut taufan bagi mencapai lokasi tinggi dan talisman Spiritual Fountain untuk mengisi semula Ether apabila kehabisan.

Akhir sekali, berwaspada terhadap musuh baharu yang berkeliaran di lorong-lorong Tokyo seperti ‘Retribution’ yang bergerak pantas, Silent Gaze yang halimunan atau Sanguine Dancer yang terbang tinggi.


Sekali lagi saya ingatkan, Ghostwire: Tokyo kini tersedia di PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store dan akan dikeluarkan di platform Xbox Series pada 12 April bersama dengan update percuma ‘Spider’s Thread’ untuk semua platform.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Ghostwire: Tokyo, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ghostwire: TokyoUpdateXbox Series
Previous Post

Adaptasi anime Ishura bakal ditayangkan di seluruh dunia melalui Disney+!

Next Post

Filem Return to Silent Hill Dedahkan Plot Cerita serta Pelakon Utama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

July 9, 2025
BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!
Mobile

BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!

July 9, 2025
Next Post
Filem Return to Silent Hill Dedahkan Plot Cerita serta Pelakon Utama!

Filem Return to Silent Hill Dedahkan Plot Cerita serta Pelakon Utama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd