Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem MCU Blade Tidak Jadi Dikeluarkan 2025, Kini Dalam Proses “?”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 23, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem MCU Blade Tidak Jadi Dikeluarkan 2025, Kini Dalam Proses “?”
Share on FacebookShare on Twitter

Berita sedih bagi peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) kerana Disney telah secara rasmi membuang filem reboot Blade daripada jadual tayangan 2025! Filem ini, yang asalnya dijadualkan untuk keluar di pawagam pada 7 November 2025, menimbulkan banyak keraguan mengenai proses produksinya, memandangkan penggambaran pun belum bermula lagi.

Kredit: Marvel Studios

Menurut Deadline berikutan perubahan ini, Disney merancang untuk mengisi slot tayangan yang kini kosong dengan Predator: Badlands, entri terbaru daripada francais Predator, selepas kejayaan “Prey” pada 2022.

Perjalanan filem MCU Blade dipenuhi dengan cabaran dan masalah. Rumusan adalah seperti berikut:

Ketua Marvel Studios, Kevin Feige, mengumumkan filem reboot Blade yang dibintangi oleh pemenang Oscar, Mahershala Ali, semasa panel Hall H Marvel di San Diego Comic-Con (SDCC) pada tahun 2019, membangkitkan semangat di kalangan peminat. Ali bahkan membuat kemunculan ringkas sebagai Blade dalam adegan post-credit untuk Eternals (2021), seolah-olah menandakan kehadirannya yang semakin hampir.

Namun, filem Blade sejak itu telah mengalami pelbagai masalah produksi. Pengarah Bassam Tariq pada awalnya menyertai projek tersebut tetapi kemudian keluar, meninggalkan peranan pengarah dalam keadaan tidak pasti. Tambahan pula, mogok “Writers and Actors Strikes” pada tahun 2023 telah mengganggu jadual produksi, menyukarkan usaha untuk mendapatkan bintang-bintang seperti Mahershala Ali—yang baru-baru ini memenangi Oscar kedua dan menyertai francais Jurassic World—dan Mia Goth, yang dikhabarkan akan berlakon sebagai Lilith, salah satu penjahat Marvel.

Kredit: Marvel Studios

Situasi menjadi lebih kompleks dengan tayangan Deadpool & Wolverine, yang menampilkan pelakon Blade original, Wesley Snipes, kembali ke peranan tersebut. Naratif yang tidak dijangka ini hanya menambah kekeliruan.

Baru-baru ini, Marvel Studios mengumumkan tiga tarikh tayangan baru untuk filem mereka pada tahun 2028. Ini menimbulkan persoalan – “Adakah Blade akan menjadi salah satu daripadanya?”

Tags: Blademcu
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Prekuel Anime John Wick Dalam Pembikinan, Mengisahkan “Hidupnya Sebelum Bersara”

Next Post

CEO Shift Up Mengikut Naluri Semasa Cipta Reka Bentuk Seksi ‘Stellar Blade’ & ‘Goddess of Victory: Nikke’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
CEO Shift Up Mengikut Naluri Semasa Cipta Reka Bentuk Seksi ‘Stellar Blade’ & ‘Goddess of Victory: Nikke’

CEO Shift Up Mengikut Naluri Semasa Cipta Reka Bentuk Seksi ‘Stellar Blade’ & ‘Goddess of Victory: Nikke’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd