Legendary Entertainment secara rasmi telah mendedahkan berita yang peminat menanti-nantikan tentang filem live-action Street Fighter terbaharu, dengan mengumumkan senarai penuh barisan pelakon utama dan tarikh tayangan pada 16 Oktober 2026.
Pengumuman ini mengesahkan beberapa pelakon yang telah dilaporkan sebelum ini, di samping memperkenalkan beberapa bakat baru yang akan menyertai adaptasi sinematik siri fighting game ikonik CAPCOM ini.
Filem ini, yang memulakan penggambaran di Australia pada Ogos lalu, akan diarahkan oleh Kitao Sakurai (The Eric Andre Show, Bad Trip).
Andrew Koji (Warrior) dan Noah Centineo (To All the Boys I’ve Loved Before) akan menerajui filem ini sebagai duo pakar seni bela diri, Ryu dan Ken. Mereka akan disertai oleh barisan pelakon ternama lain, termasuk Jason Momoa sebagai Blanka dan David Dastmalchian sebagai watak antagonis M. Bison.
Senarai penuh barisan pelakon termasuk:
- Andrew Koji sebagai Ryu
- Noah Centineo sebagai Ken
- Callina Liang sebagai Chun-Li
- Jason Momoa sebagai Blanka
- David Dastmalchian sebagai M. Bison
- Cody Rhodes sebagai Guile
- Roman Reigns sebagai Akuma
- Mel Jarnson sebagai Cammy
- Olivier Richters sebagai Zangief
- Curtis “50 Cent” Jackson sebagai Balrog
- Hirooki Goto sebagai E. Honda
- Vidyut Jammwal sebagai Dhalsim
- Andrew Schulz sebagai Dan Hibiki
- Orville Peck sebagai Vega
- Eric André sebagai Don Sauvage
- Rayna Vallandingham sebagai Juli
- Alexander Volkanovski sebagai Joe
Bersama dengan berita pemilihan pelakon, sumber berita Deadline turut mendedahkan sinopsis baharu untuk plot filem live-action Street Fighter, yang berlatarkan tahun 1993:
“Berlatarbelakangkan era 1993, filem ini mengikuti perjalanan Ryu dan Ken Masters (Noah Centineo), dua sahabat yang kini terasing, apabila mereka terjerumus kembali ke dalam dunia pertarungan. Segalanya bermula apabila mereka didatangi oleh Chun-Li (Callina Liang) yang misteri untuk menyertai World Warrior Tournament: satu arena pertarungan sengit yang melibatkan penumbuk, takdir, dan amarah. Namun, kejohanan ini hanyalah topeng kepada sebuah rancangan jahat yang direka untuk membuatkan mereka saling berlawan, sambil memaksa mereka menentang rahsia kelam dari masa lalu. Dan jika mereka tewas, ia adalah GAME OVER!”
Filem ini juga merupakan projek pertama yang akan dikeluarkan di bawah perjanjian baharu antara Legendary Entertainment dan Paramount Pictures. Ini menandakan satu perubahan bagi projek filem ini, yang sebelum ini dijadualkan untuk diedarkan oleh Sony Pictures dengan tarikh tayangan pada 20 Mac 2026.
Sony secara rasmi telah menggugurkan filem tersebut daripada kalendar tayangan mereka pada 24 Mac tahun ini.









Discussion about this post