Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Live-Action Street Fighter Dedah Trailer Baru; Aksi Sama Macam Game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 17, 2026
in Artikel
0 0
0
Filem Live-Action Street Fighter Dedah Trailer Baru; Aksi Sama Macam Game!
Share on FacebookShare on Twitter

Paramount Pictures dan Legendary Entertainment telah mendedahkan trailer baharu bagi filem adaptasi live-action Street Fighter. Padat dengan Special Move ikonik, dan barisan pelakon yang hebat, filem ini jelas mengekalkan elemen menyeronokkan seperti dalam permainan video asalnya.

Filem ini akan ditayangkan seawal 15 Oktober di Malaysia.

Diarahkan oleh Kitao Sakurai, kami dibawa ke tahun 1993. Jalan ceritanya banyak tertumpu kepada gandingan asal francais ini: Ken Masters (Noah Centineo) dan Ryu (Andrew Koji). Dalam game, mereka adalah kawan baik yang berlatih di bawah guru yang sama, iaitu Gouken.

Namun, dalam filem ini, mereka telah bermusuh dan membawa haluan masing-masing.

Ryu menghilangkan diri sepenuhnya, menjauhkan diri dari dunia luar dan menjadi seorang pertapa seni bela diri yang berambut panjang dan berjanggut. Walaupun seorang pahlawan yang baik hati dan sangat fokus untuk menyempurnakan teknik perlawanannya, dia masih mempunyai sisi gelap di dalam dirinya.

Ken pula memilih laluan hidup sebagai seorang selebriti. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan mabuk dan menyanyi karaoke daripada berlatih menumbuk. Apabila mereka berdua akhirnya bertemu semula, tindakan pertama Ken adalah untuk menyambut rakan lamanya itu dengan satu ‘flying kick’.

Plot mula berkembang apabila Chun-Li (Callina Liang) berjaya menemui mereka berdua. Dia sedang mengumpulkan barisan petarung elit untuk menyertai pertandingan World Warrior Tournament.

Trailer ini juga menyelitkan babak lawak apabila ejen MI6, Cammy (Mel Jarnson) menegur paha Chun-Li yang sememangnya berotot; satu rujukan kepada rekaan watak yang jelas dikekalkan dalam filem ini.

Selain daripada trio utama, treler tersebut turut menampilkan watak-watak lain. Kita dapat melihat David Dastmalchian sebagai M. Bison, ketua kepada organisasi jenayah Shadaloo. Bison nampaknya berminat untuk merekrut Ryu dan Ken.

Bintang ternama WWE juga banyak membuat kemunculan. Cody Rhodes muncul sebagai Guile, seorang anggota tentera yang terlalu yakin dengan diri sendiri… lengkap dengan rambut flat-top peliknya. Sementara itu, Roman Reigns memegang watak antagonis Akuma. Sebagai adik kepada Gouken, Akuma mempunyai sejarah bersama Ryu dan Ken.

Kita dapat melihat sekilas aksinya menggunakan “Satsui no Hado” untuk melancarkan Super Move “Empyrean’s End” ke arah Ryu.

Curtis “50 Cent” Jackson pula melangkah masuk ke gelanggang sebagai peninju yang telah hilang maruah, Balrog. Dia dilihat bakal menjadi cabaran besar pertama buat Ken dalam usahanya untuk menebus semula nama baiknya. Jason Momoa pula membuat kemunculan pendek sebagai raksasa mutan Blanka.

Kita juga dapat melihat kelibat Orville Peck sebagai Vega; Vidyut Jammwal sebagai Dhalsim; serta Hirooki Goto sebagai E. Honda. Olivier Richters menghidupkan watak Zangief, yang mempamerkan gerakan “Ultimate Atomic Crusher”. Malah, pelawak Andrew Schulz turut muncul sebagai Dan Hibiki.

Bagi peminat setia, trailer ini penuh dengan Easter Egg. Kita dapat melihat Ken melakukan “Shoryuken”, “Jinrai Kick”. Treler ini diakhiri dengan Ryu melepaskan bebola api “Hadouken!”.

Tags: Street Fighter
ShareTweetSend
Previous Post

Atomic Heart Capai Konklusi Dengan Pelancaran DLC Ke-4 & Ultimate Edition!

Next Post

Sekuel ‘Metro 2039’ Akan Datang Hujung 2026 Atau Awal 2027 – Segala Info Anda Perlu Tahu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Sekuel ‘Metro 2039’ Akan Datang Hujung 2026 Atau Awal 2027 – Segala Info Anda Perlu Tahu!

Sekuel 'Metro 2039' Akan Datang Hujung 2026 Atau Awal 2027 – Segala Info Anda Perlu Tahu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd