Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem finale The Seven Deadly Sins: Cursed By Light mengesahkan tarikh tayangan melalui teaser pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 9, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem finale The Seven Deadly Sins: Cursed By Light mengesahkan tarikh tayangan melalui teaser pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun musim keempat dan terakhir siri anime, The Seven Deadly Sins: Dragon’s Judgment, kini sedang menayangkan episod baru di Jepun, nampaknya ia bukanlah pengakhiran francais secara keseluruhan. Sebenarnya, akan ada satu finale terakhir berjudul The Seven Deadly Sins: Cursed By Light yang berlangsung setelah peristiwa musim keempat. Menurut laman web rasmi, filem anime ini akan memberi kesimpulan sebenar kepada wira-wira kami!

The Seven Deadly Sins: Cursed By Light adalah filem baru yang berlangsung selepas peristiwa Dragon’s Judgment yang ditulis oleh pencipta siri, Nakaba Suzuki. Diumumkan pada awal tahun ini, ia kini dalam pembangunan dan sepatutnya akan ditayangkan pada musim panas ini di Jepun, tetapi teaser pertama untuk filem ini telah mengesahkan ia akan keluar pada 2 Julai di teater Jepun. Jom kita tonton trailer baru di bawah:

Jalan cerita The Seven Deadly Sins: Cursed By Light masih dirahsiakan, tetapi ia digambarkan sebagai pengembaraan terakhir untuk anime (walaupun itu boleh berubah) ketika teaser di atas mengucapkan selamat tinggal kepada Meliodas dan rakan-rakan. Ia mungkin mengambil beberapa elemen dari kesimpulan manga asli, tetapi tidak ada apa-apa yang rasmi memandangkan Dragon’s Judgment pun masih belum berakhir di Jepun pada saat penulisan.

Jika anda tidak berpuas hati kerana anime ini akan berakhir dan masih mahu menontonnya lagi, sebenarnya ada sekuel manga rasmi untuk The Seven Deadly Sins yang mengeluarkan satu bab baru setiap minggu. Dikenali sebagai The Seven Deadly Sins: Four Knights of the Apocalypse, siri baru ini diterbitkan di Weekly Shōnen Magazine sejak 27 Januari 2021.

Apa pendapat anda tentang teaser terbaru untuk filem finale The Seven Deadly Sins? Ingin tahu bagaimana anime ini akan tamat? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang francais The Seven Deadly Sins/ Nanatsu no Taizai, sila tekan pautan ini.

Tags: animefilemNanatsu no TaizaiThe Seven Deadly SinsThe Seven Deadly Sins: Cursed By LightThe Seven Deadly Sins: Dragon's Judgment
Previous Post

[Review] MSI GF65 Thin, Nampak Minimalis & berkuasa hebat dengan Nvidia GeForce RTX3060 baru!

Next Post

Diskaun sehingga 80% dengan “Essential Picks Sale” PlayStation Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Diskaun sehingga 80% dengan “Essential Picks Sale” PlayStation Store!

Diskaun sehingga 80% dengan "Essential Picks Sale" PlayStation Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd