Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Dynasty Warriors akan keluar di Netflix pada 1 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Filem Dynasty Warriors akan keluar di Netflix pada 1 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Adaptasi filem Dynasty Warriors oleh Koei Tecmo akan tiba di Netflix pada 1 Julai 2021! Diarahkan oleh Roy Hin Yeing Chow, ini adalah filem Kantonis yang diinspirasikan oleh francais permainan video popular Dynasty Warriors. Mari kita lihat trailer rasmi di bawah:

Bagi mereka yang tidak tahu, Dynasty Warriors adalah francais permainan “hack and slash action” yang dibuat oleh Omega Force dan Koei yang diilhamkan dari novel terkenal China, Romance of the Three Kingdoms. Ia berlangsung pada penghujung Dinasti Han, dan pembentukan Dinasti Jin. Permainan video ini mempunyai jumlah watak yang sangat banyak, di mana pemain dapat mengawal tokoh-tokoh China yang unik, kuat, dan berkarisma pada zaman itu, seperti Cao Cao, Lu Bu dan Zhuge Liang.

Berikut adalah sinopsis rasmi dari Netflix:

“Pemberontakan Turban Kuning bermula pada akhir Dinasti Han Timur. Dengan bantuan orang kanannya yang dipercayai Guan Yu dan Zhang Fei, pemimpin militia Liu Pei berjaya menghalang pemberontakan tersebut. Seorang panglima perang bernama Dong Zhuo mengambil kesempatan dari situasi ini dan mengambil alih sebagai kuasa besar, sehingga menimbulkan huru hara di negara.”

Senarai pelakon dan watak yang akan muncul adalah seperti berikut:

  • Wang Kai – Cao Cao
  • Louis Koo – Lu Bu
  • Han Geng – Guan Yu
  • Tony Yang – Liu Bei
  • Carina Lau – Master of the Sword Forge Castle
  • Coulee Nazha – Diao Chan
  • Lam Suet – Dong Zhou
  • Ray Lui – Yuan Shao
  • Justin Cheung – Zhang Fei

Apa pendapat anda tentang pelancaran filem Dynasty Warriors di Netflix? Beritahu sekarang dalam ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Dynasty Warriors, sila tekan pautan ini.

Sumber –  Netflix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dynasty Warriorsfilemkoei tecmonetflixRomance of the Three Kingdoms
Previous Post

Dari 350 ribu pemain sehari, kini Among Us telah mencecah 2 juta pemain selepas percuma di Epic Games

Next Post

Khas di Computex 2021 – Inovasi Tech Flash

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Khas di Computex 2021 – Inovasi Tech Flash

Khas di Computex 2021 - Inovasi Tech Flash

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd