Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem baru Dragon Ball Super menampilkan transformasi “Ultimate Piccolo”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 8, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Filem baru Dragon Ball Super menampilkan transformasi “Ultimate Piccolo”
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tayangan treler filem terbaru Dragon Ball Super: Super Hero, nampaknya Piccolo akan diberi transformasi baru bergelar “Ultimate Piccolo”.

Jika korang lihat dengan teliti, Piccolo akan dikelilingi oleh aura berwarna emas semasa menggunakan transformasi ini dengan perubahan miminal pada penampilan seperti warna kulit yang lebih ke arah hijau kuning yang manakala garis hitam di lengannya akan hilang, lantas membuatkan kulitnya kelihatan lebih.

Perubahan ini sangat-sangat minimal sehingga ramai peminat tidak sedar dan menganggap ia berbeza kerana pencahayaan.

Berita baik adalah laman web rasmi untuk filem Super Hero mengesahkan ini sememangnya bentuk terbaru untuk Piccolo – yang secara khususnya digelar sebagai ” Potential-Unleashed”.

Menurut laman web Jepun, ini adalah nama yang sama dengan transformasi Ultimate Gohan dari upacara Elder Kai. Disebabkan itu, ramai peminat kini menggelar transformasi ini sebagai ”Ultimate Piccolo”.

Bagi mereka yang tidak tahu, transformasi “Potential-Unleashed” mula diperkenalkan di “Buu Saga” apabila Elder Kai melakukan upacara yang membuka potensi penuh Gohan. Dalam transformasi ini, Gohan dapat menggunakan kuasa terpendam pada tahap tertinggi melebihi had biasa. Sama seperti Piccolo, perbezaannya memang sangat sedikit.

Ultimate Gohan mempunyai penampilan yang sama seperti rupa normal di mana hanya rambutnya kelihatan lebih pacak dan bentuk mata yang lebih serius.

Spekulasi tentang transformasi baru Piccolo telah dibincangkan selama bertahun-tahun. Seperti yang korang semua tahu, Piccolo adalah antara wata paling popular dalam Dragon Ball dan dahulu pernah setanding dengan Goku, Vegeta dan Gohan dari segi kekuatan.

Malah, dia juga merupakan watak terkuat sehingga mengalahkan Super Saiyan semasa ”Android Saga” selepas bergabung dengan Kami sebelum memasing jumpa kuasa baru.

Sejak ”Buu Saga”, Piccolo kurang diberi perhatian dan ditinggalkan oleh semua rakan-rakannya. Walaupun begitu, Piccolo meneruskan latihan dan menurut info dari DB Super, dia akhirnya mempunyai kekuatan yang mengatasi Super Saiyan 2.

Malangnya, Goku dan Vegeta berjaya memperoleh Super Saiyan Blue, Ultra Instinct dan sebagainya, menyebabkan Piccolo masih ketinggalan jauh.

Dengan treler terbaru Dragon Ball Super: Super Hero, nampaknya hasrat peminat untuk melihat Ultimate Piccolo akan dimakbulkan! Dragon Ball Super: Super Hero akan ditayangkan di pawagam Jepun pada 22 April.

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Tags: Dragon Ball SuperDragon Ball Super: Super HeroPiccoloUltimate Piccolo
Previous Post

Secretlab menambah edisi The Batman pada koleksi DC mereka!

Next Post

World of Warcraft Mobile akan didedahkan pada Mei 2022 bersama rancangan expansion

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
World of Warcraft Mobile akan didedahkan pada Mei 2022 bersama rancangan expansion

World of Warcraft Mobile akan didedahkan pada Mei 2022 bersama rancangan expansion

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd