Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime “The Tunnel to Summer, the Exit of Goodbyes” Akan Tayang di TGV Cinemas Malaysia pada 12 Oktober!

Maira by Maira
October 5, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Anime “The Tunnel to Summer, the Exit of Goodbyes” Akan Tayang di TGV Cinemas Malaysia pada 12 Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gembira buat peminat anime Malaysia! Encore Films kembali dengan satu lagi filem anime yang akan ditayangkan pada bukan Oktober ini! Berdasarkan sebuah novel terkenal oleh Mei Hachimoku dan Kukka, “The Tunnel to Summer, the Exit of Goodbyse” akan ditayangkan di Malaysia pada 12 Oktober ini di TGV Cinemas! Perkara ini telah pun diumumkan melalui akaun media sosial TGV Cinemas.

Once you enter The #UrashimaTunnel, you can get whatever you want, but at a price.#TunnelToSummer coming to TGV this 12 October! pic.twitter.com/RrsZKu1nzg

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) October 4, 2023

Untuk pengetahuan anda, filem ini telah pun ditayangkan pada September 2022 di Jepun dan dibintangi oleh Ouji Suzuka sebagai protagonis, Kaoru Tono dan Marie Iitoyo sebagai Anzu Hanaki.

Sumber: CLAP

Berikut adalah sinopsis untuk The Tunnel to Summer, the Exit of Goodbyes:

Keluarga Kaoru Tono semakin musnah. Selepas kematian satu-satunya adiknya dan penceraian ibu bapanya, dia tidak lagi rasa tenang di rumahnya. Berikutan perbalahan yang hangat dengan bapanya, Kaoru telah lari dari daripada rumahnya dan mendapati dirinya di hadapan terowong misteri yang seakan memanggilnya. Pelik dengan apa yang dilihatnya dalam terowong tersebut, dia bergegas keluar dan mengambil seekor burung yang kelihatan sama seperti burung peliharaannya dahulu.

Keluar sahaja daripada terowong itu, Kaoru menyedari bahawa masa telah berlalu dengan begitu lama di luar terowong, sedangkan dia hanya berada di dalamnya beberapa minit sahaja. Pengalaman pelik itu menyebabkan dia teringat kepada khabar angin tentang “Urashima Tunnel”, di mana ia merupakan jalan yang akan menunaikan hajat dengan menukar jangka hayat seseorang. Memandangkan burung peliharaannya itu masih hidup, Kaoru tertanya-tanya jika dia boleh pulihkan kehidupannya yang kucar-kacir.

Tetapi selepas dia keluar daripada terowong itu, dia menyedari bahawa dia telah diekori oleh Anzu Hanashiro, pelajar baharu di sekolahnya. Dia juga mengetahui tentang khabar angin dan bertanya kepada Kaoru jika dia boleh membantunya dalam sebuah eksperimen. Rupa-rupanya dia juga mempunyai hajat yang hanya terowong itu boleh tunaikan.

Sumber: Seven Seas Entertainment

Menarik kan ceritanya? Jangan lupa untuk dapatkan tiket di TGV Cinemas untuk menontonnya nanti! Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Encore FilmsTGV Cinemasthe Exit of GoodbyeThe Tunnel to Summer
ShareTweetSend
Previous Post

Hitman: Blood Money Reprisal Akan Hadir ke Nintendo Switch, iOS dan Android!

Next Post

Granblue Fantasy: Relink Akan Tersedia Pada Februari 2024 – Pengumuman bersama Visual!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Granblue Fantasy: Relink Akan Tersedia Pada Februari 2024 – Pengumuman bersama Visual!

Granblue Fantasy: Relink Akan Tersedia Pada Februari 2024 - Pengumuman bersama Visual!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd