Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem anime The First Slam Dunk akan tiba di GSC Malaysia pada 23 Februari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Tempatan
0 0
0
Filem anime The First Slam Dunk akan tiba di GSC Malaysia pada 23 Februari!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat peminat anime hari ini kerana GSC secara rasmi mengumumkan bahawa The First Slam Dunk, filem anime baharu berdasarkan manga bola keranjang Slam Dunk oleh Takehiko Inoue, akan ditayangkan di Malaysia bermula 23 Februari.

Saya tahu ramai peminat tidak sabar untuk melihat gelagat Hanamichi Sakuragi, tapi jangan risau – anda tidak perlu menunggu lama! Bagi aspek produksi, pencipta Takehiko Inoue sendiri mengarahkan filem itu di Toei Animation dan menulis skripnya. Pada masa yang sama, ini bukan filem 2D biasa kerana Toei memutuskan untuk menghasilkan filem ini dalam gaya 3DCG di mana Daiki Nakazawa dan Yuta Ogura akan menguruskan bahagian CG.

Buat masa ini, The First Slam Dunk berjaya kekal di #1 untuk buat minggu ke-7 di Jepun dan jumlah kutipan sebanyak 8,275,174,840 yen (kira-kira RM278 juta) dalam tempoh 44 hari sejak filem itu ditayangkan di Jepun. Ternyata Slam Dunk lebih popular berbanding Avatar 2 di hati penonton Jepun!

Filem ini menampilkan:

  • Shugo Nakamura sebagai Ryota Miyagi
  • Jun Kasama sebagai Hisashi Mitsui
  • Shin’ichirō Kamio sebagai Kaede Rukawa
  • Subaru Kimura sebagai Hanamichi Sakuragi
  • Kenta Miyake sebagai Takenori Akagi

Buat masa ini, jualan tiket untuk The First Slam Dunk belum dibuka di Malaysia, tetapi saya akan terus melaporkan kepada anda semua sebaik sahaja ia bermula.

Manga Slam Dunk mula diterbitkan pada tahun 1990 oleh Takehiko Inoue dan berlangsung hingga tahun 1996. Manga itu kemudian diadaptasi kepada siri anime oleh Toei Animation dan disiarkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia begitu popular sehingga menjadi siri manga ke-7 paling laris dalam sejarah.

Sinopsis:

Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan populariti, lalu menjadi ketua kepada sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati Haruko tidak takut kepada Sakuragi.

Haruko kemudian memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya, Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan bola keranjang. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang “loser” ( kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang).

Walaupun tidak matang dan amat panas baran, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atilt berpotensi dalam sukan berkenaan (kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede – musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP bola keranjang, dan Miyagi Ryota, pemain pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama dengan kapten pasukan Shohoku, Akagi Takenori, berusaha untuk menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Untuk segala liputan kami tentang Slam Dunk, sila tekan pautan ini.

Tags: animefilemGSCmangaThe First Slam Dunk
Previous Post

Filem Anime Kaguya-sama: Love is War -First Kiss Never Ends- Akan Ditayangkan di Malaysia Februari Ini!

Next Post

James Gunn bakal bawa Pom Klementieff, Dave Bautista & ramai lagi pelakon MCU ke DCU

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
James Gunn bakal bawa Pom Klementieff, Dave Bautista & ramai lagi pelakon MCU ke DCU

James Gunn bakal bawa Pom Klementieff, Dave Bautista & ramai lagi pelakon MCU ke DCU

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd