Figura baru Deku dan Bakugo dari My Hero Academia telah diumumkan untuk barisan S-Fire oleh Takara Tomy dan kini tersedia untuk pra-pesanan di Jepun. Kedua-dua figura ini akan hadir dengan efek khas tambahan yang dapat dilihat melalui aplikasi telefon pintar menggunakan teknologi augmented reality (AR). Aplikasi ini akan dilancarkan pada kemudian hari.
Dua figura baru itu menampilkan Izuku Midoriya aka Deku dan Katsuki Bakugo dalam kostum hero masing-masing sambil mempamerkan quirk dalam pose yang dramatik di mana Deku menggunakan One For All, manakala Bakugo menggunakan Explosion. Figura itu berskala 1/8 dan tingginya sekitar 22cm (kira-kira 8 inci) beserta stand.
Seperti yang saya kata di atas, S-Fire kini sedang menghasilkan aplikasi AR istimewa untuk telefon pintar AR yang menambahkan kesan khas pada figura apabila dilihat melalui kamera. Walaupun aplikasinya masih belum tersedia, laman web rasmi menyatakan bahawa ia akan dikeluarkan pada bulan September 2022 secara percuma.
Berikut adalah gambar yang lebih jelas untuk setiap figura:
DEKU:
BAKUGO:
Pra-pesanan untuk kedua-dua figura My Hero Academia Deku dan Bakugo boleh didapati di Jepun melalui laman web rasmi S-Fire. Setiap figura berharga ¥19,580 (anggaran RM748.80), di mana pra-pesanan akan ditutup pada 30 November 2021.
Selain itu, filem terbaru My Hero Academia: World Heroes Mission baru ditayangkan di Jepun pada bulan lepas, dan berjaya mencecah 1.6 bilion yen di box office hanya sepuluh hari selepas dilancarkan. Berikut adalah sinopsis rasmi untuk My Hero Academia: World Heroes Mission:
“Sebuah kumpulan misteri bernama Humarize amat percaya pada teori Quirk Singularity Doomsday yang menyatakan ‘apabila quirk bercampur dengan generasi akan datang, quirk itu akan membawa kepada penghapusan umat manusia.
Mereka telah menanam “Ideo Trigger Bombs” di beberapa negara di seluruh dunia yang memaksa pengguna menjadi balistik dan menyebabkan pemusnahan besar-besaran. Untuk menyelamatkan semua orang, Pro-Hero di seluruh dunia meminta hero-dalam-latihan dari U.A. Academy untuk membantu mereka dan membentuk Pasukan Hero Terpilih Berkelaskan Dunia. Objektif mereka adalah untuk menghentikan bom di seluruh dunia.
Deku, Bakugou, dan Todoroki, yang kini berlatih di agensi Endeavour, dipanggil untuk pergi ke negara yang jauh bernama “Oseon.” Namun, semasa operasi itu, Deku terlibat dalam satu peristiwa yang menyebabkan dia menjadi salah satu penjenayah paling dikehendaki di dunia. Dalam kekacauan ini, kumpulan Humarize mengumumkan kepada dunia bahawa mereka adalah dalangnya dan “had masa adalah 2 jam.”
Ia terserah kepada para Hero untuk menyelamatkan dunia dan masa depan hero lain dalam krisis paling berbahaya yang pernah berlaku dalam kisah My Hero Academia!”
Untuk segala liputan kami tentang francais My Hero Academia, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post