Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[FGS 2021] Game “soulslike” Project Relic mendedahkan gameplay baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Multiplayer, Pameran/Expo
0 0
0
[FGS 2021] Game “soulslike” Project Relic mendedahkan gameplay baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah game multiplayer ala-ala ” soulslike”, Project Relic, telah menayangkan treler gameplay baru di Future Games Show hari ini. Treler tersebut memberikan kita gambaran mendalam mengenai pertempuran, yang jelas mengambil inspirasi daripada Dark Souls. Adegan aksi kelihatan lancar, namun masih mengekalkan elemen “huru-hara” ketika pemain menyerang pelbagai raksasa besar.

Project Relic sedang dikembangkan oleh Project Cloud Games (Studio Korea Selatan)- satu pasukan kecil yang terdiri dari sembilan orang sahaja. Mencipta game ala-ala Dark Souls bukan sesuatu yang mudah lagi-lagi untuk pasukan kecil, malah Project Relic juga akan mempunyai sistem multiplayer. Malangnya, ciri ini tidak dijelaskan dengan begitu mendalam lagi.

Bukan setakat gameplay sahaja, visual Project Relic yang kita lihat dalam treler juga berkualiti bertaraf AAA, walaupun Project Cloud Games adalah studio indie. Penggunaan pencahayaan sangat menonjol kerana apabila waktu malam jatuh, satu-satunya sumber cahaya anda adalah daripada serangan pedang dan sihir kita. Dunia luas permainan pun bukan semata-mata visual kerana treler menunjukkan pemain mengelak daripada batu yang terjatuh. Ini mungkin menunjukkan bahawa kita boleh menggunakan persekitaran sekeliling dalam pertempuran.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Project Relic is full of Dark Souls, but looks like it's still seeking its  own | PC Gamer

Project Relic tidak mendedahkan tarikh pelepasan rasmi, tetapi kita tahu ia akan datang pada awal 2023. Buat masa ini, permainan disahkan akan tersedia di PC, PlayStation dan Xbox. Untuk segala liputan kami tentang Future Games Show 2021, sila tekan pautan ini.

Sumber – Youtube

Tags: Future Games Show 2021Gamescom 2021Project Cloud GamesProject Relic
Previous Post

[gamescom 2021- Future Games Show] Gungrave: G.O.R.E mengalu-alukan anda ke Scumland pada tahun 2022!

Next Post

[FGS 2021] Jurassic World Aftermath Part 2 akan keluar September 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[FGS 2021] Jurassic World Aftermath Part 2 akan keluar September 2021!

[FGS 2021] Jurassic World Aftermath Part 2 akan keluar September 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd