Fate/Samurai Remnant bakal lancar tidak lama lagi. Kami berpeluang untuk menemu ramah producer game, Tomohiko Sho semasa Tokyo Game Show 2023. Banyak perkara yang didedahkan kepada kami berkaitan New Game +, DLC dan banyak lagi! Tanpa membuang masa, berikut adalah hasil temu ramah kami bersama Tomohiko Sho!
Adakah perancangan untuk mengenai DLC yang anda boleh dedahkan? Jika ada, adakah watak-watak baru yang boleh dimainkan atau mode game baru?
Tomohiko Sho: Ya, kami ada 3 DLC dirancang sekarang ini, DLC pertama akan dilepaskan pada Februari manakala DLC lain akan dilepaskan dalam jangka masa setahun selepas game dilancarkan. Dalam DLC ini, akan ada mode game baru, elemen baru dan servant baru.
Sebagai siri Fate yang baharu, salah satu benda penting adalah Holy Spirit. Jadi bagaimana anda memilih holy spirit dalam game, kerana ada daripada siri Fate terdahulu dan original.
Tomohiko Sho: Watak-watak yang muncul dalam game, seperti tujuh master dan servant, kami berbincang dengan Type Moon tentang watak yang sesuai dalam cerita, dan kami memutuskan untuk melakukannya selepas menyelaraskan dengan TypeMoon. Terdapat juga servant tanpa master yang muncul untuk menarik minat peminat siri Fate, jadi servant ini adalah watak yang pernah dari siri Fate yang lain.
Miyamoto Musashi Berserker dan Lancer yang mungkin merupakan Jeanne d’Arc Alter dalam game. Apakah yang membuatkan anda memilih kedua-dua watak ini untuk dimasukkan?
Tomohiko Sho: Terdapat sedikit spoiler, jadi saya tidak akan menerangkannya terutamanya tentang Lancer, dan tentang Musashi kerana dia mempunyai peranan besar dalam cerita utama dan dia adalah Master kepada Iori (Protagonis). Jadi sudah tentu akan ada sebab untuk kemunculannya dalam cerita ini.
Apabila menyerang musuh elit, kita perlu musnahkan shell dahulu. Kenapa sistem ini direka dan apa sebab disebaliknya?
Tomohiko Sho: Terdapat dua sebab utama, pertama adalah untuk membuatkan game ini lebih mencabar, bermakna pemain perlu fikir cara untuk mengalahkannya dan cara untuk pecahkan shell tersebut untuk menyerang adakan salah satu caranya. Kedua, kami mahu tunjukkan bahawa Iori hanyalah manusia biasa yang bertemu musuh yang kuat. Jadi dia akan merasakan perbezaan antara manusia biasa dan servant benar-benar wujud, untuk menerangkan tetapan dunia siri Fate.
Adakah ramai pemain Fate/Grand Order (FGO) dalam pasukan pembangun? Adakah game ini dibangunkan dengan niat untuk menjadikannya spin-off berorientasikan peminat FGO, atau adakah ia dibuat dengan niat untuk menjadikannya boleh diakses oleh pemain baharu yang tidak mengetahui tentang siri Fate?
Tomohiko Sho: Terdapat ramai peminat Fate/Grand Order dan Fate dalam pasukan kami. Dan pasukan pembangunan kami, ada juga beberapa ahli yang tidak mengenali siri Fate. Apabila kami membangunkan game ini, matlamat kami adalah untuk membuat game untuk mereka yang suka Fate, peminat Fate atau mereka yang tiada pengalaman dengan Fate langsung , boleh main daripada mula.
Kenapa anda pilih Miyamoto Musashi sebagai tumpuan utama pada jalan cerita?
Tomohiko Sho: Ada dua sebab, pertama adalah semasa kami berbincang tentang pembangunan game, kami telah fikir untuk jadikan Miyamoto Musashi dalam jalan cerita utama. Ini kerana presiden Koei Tecmo, Ko Shibusawa suka sangat pada Miyamoto Musashi, dan daripada mula pembangunan ia telah ditetapkan bahawa kami akan masukkan Musashi.
Dan kenapa Musashi berada pada posisi yang rapat dengan watak utama? Sebabnya kami telah tetapkan bahawa game berlaku semasa zaman Edo. Kami fikir ianya sesuai untuk bina game dengan Mitamoto Iori kerana ia sesuai dengan tempoh masanya. Memandangkan watak utamanya ialah Miyamoto Iori, dan siri Fate sudah ada Miyamoto Musashi, mereka juga adalah guru dan perantis, maka sudah tentu sebagai guru Iori kita perlu menggambarkan kisahnya juga.
Adakah susah untuk mendapatkan Trophy untuk versi PlayStation? Adakah kami perlu bermain game banyak kali untuk melengkapkannya?
Tomohiko Sho: Pertama sekali, kami tidak boleh berikan jawapan yang jelas mengenai Trophy, tetapi kami boleh katakan bahawa selagi anda berusaha keras untuk kalahkan game tersebut, anda boleh dapatkan semua Trophy. Tetapi kalah anda ingin alami sepenuhnya esen cerita ini, anda mungkin perlu main sekurang-kurangnya dua kali. Jadi saya berharap anda akan lihat kisah yang menanti anda dalam New Game (NG+).
Adakah ini bermakna ada perbezaan pada cerita atau jalan cerita yang berbeza semasa NG+?
Tomohiko Sho: Ya, akan ada jalan cerita baru semasa NG+ dan terdapat penamat cerita yang anda tidak akan dapat lihat sehinggalah anda bermain NG+. Sebagai contoh dalam playthrough pertama, terdapat perbezaan besar dalam game yang mempengaruhi penamat yang akan anda dapat.
Adakah benda yang boleh dibawa ke NG+?
Tomohiko Sho: Setiap watak diperkuatkan, item, kit akan dibawa ke NG+, dan anda boleh langkau dialog yang muncul semasa playthrough.
Semasa membangunkan game, adakah anda ada servant yang ingin dimasukkan tetapi tidak sesuai lalu membatalkannya?
Tomohiko Sho: Kami telah berbincang dengan TypeMoon sambil menambah atau mencipta servant, jadi kami tidak perlu membuang servant semasa proses peringkat pembangunan. Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan semasa kami cuba menghasilkan semula adegan di mana master dan servant berlawan dalam medan yang sama, tetapi kami merasakan bahawa kami telah melakukan kerja yang bagus dalam menghasilkan adegan tersebut dan pasukan pembangun juga agak berpuas hati.
Adakah terdapat elemen percintaan dalam cerita? Musashi kini seorang watak wanita dan perlu mengenali Iori semula, walau bagaimanapun Iori dan Musashi sepatutnya menjadi guru dan murid, tetapi apakah yang akan berkembang secara berbeza dalam situasi ini?
Tomohiko Sho: Kami tiada perkara seperti “route” seperti Fate/Stay Night, di mana kita boleh keluar dengan gadis. Tetapi semuanya bergantung kepada pemahaman pemain, cuma ia tidak akan mempunyai unsur percintaan yang jelas seperti Fate/Stay Night.
Berapa banyak perbezaan antara watak Zheng Chenggong yang muncul dalam game dan sejarahnya?
Tomohiko Sho: Seperti Zheng Chenggong atau Miyamoto Iori sebenarnya adalah sama, kerana kedua-duanya adalah tokoh sejarah, mereka mempunyai banyak cerita tentang mereka daripada buku, legenda atau pun cerita rakyat, tetapi anda tidak dapat menentukan jumlah maklumat ini adalah benar, berapa banyak hanya khabar angin. Kami hanya cuba merujuk daripada maklumat ini, dan kemudian membuat beberapa pelarasan atau reka bentuk mengikut game kami. Watak mungkin berbeza daripada apa yang orang ingat, tetapi pesona watak sepatutnya hampir sama.
Kalau ada peluang untuk menghasilkan game Fate lain pada masa depan, adakah anda ingin menghasilkan sekuel atau menghasilkan game Fate yang serba baru?
Tomohiko Sho: Secara peribadi, saya ingin menghasilkan game yang serba baru sebab saya fikir Fate/Samurai Remnant sudah mempunyai cerita dan struktur yang lengkap. Jadi jika saya ingin bangunkan game baru, saya ingin pergi ke arah Grail War serba baharu dengan kisah baharu.
Jika ada game yang baru, adakah ia akan menjadi tentang Holy Grail War dari zaman purba, atau cabaran untuk membuat Holy Grail War era moden?
Tomohiko Sho: Secara peribadi, saya fikir bahawa sekarang kita telah membuat masa lalu, kita ingin melihat lebih banyak era moden.
Kita tahu bahawa「Boss」akan mempunyai kelas tertentu dalam game, kenapa dia dipilih untuk kelas tersebut?
Tomohiko Sho: Kami tidak boleh memberitahu anda secara khusus tetapi dia mempunyai beberapa sebab khas untuk muncul dalam kelas itu.
Miyamoto Iori mempunyai pelbagai corak serangan, sebagai guru Iori, adakah Musashi mempunyai design serangan juga?
Tomohiko Sho: Sudah tentu Musashi sebenarnya mempunyai bentuk serangannya sendiri, tetapi ia tidak akan sama seperti water stance, earth stance, Musashi tiada benda itu. Bentuk serangan yang digunakan dalam game adalah sesuatu yang ditiru daripada Iori gunakan pada era itu, dan dia fikir ia menyeronokkan untuk melakukannya. Jadi serangan yang dia gunakan akan serupa dengan Iori, dan mungkin bukan stance serangan yang sama seperti yang dia akan lakukan pada asalnya.
Biasanya Berserker akan mengamuk, atau dalam keadaan yang tidak dapat berkomunikasi, tetapi sekarang nampaknya Musashi berada dalam keadaan yang agak normal, jadi adakah terdapat penjelasan mengenainya?
Tomohiko Sho: Bahagian ini sebenarnya tidak akan dijelaskan secara terperinci dalam game, sama seperti dalam Fate/Grand Order, Musashi sebenarnya juga mempunyai seorang servant Berserker, yang dalam erti kata, Musashi pada asalnya mempunyai kebolehsuaian terhadap berserker, jadi dalam game akan tidak cuba menerangkan dengan cara yang sangat terperinci.
Banyak game Fate mendapat adaptasi animasi, adakah erdapat pertimbangan sedemikian untuk game ini?
Tomohiko Sho: Sudah tentu saya berharap ia akan menjadi kenyataan, seperti animasi pembukaan Fate/Samurai Remnant yang dihasilkan dengan Aniplex, jadi saya berharap Aniplex dapat memberi peluang ini kepada kita.
Siapakan servant kesukaan anda dalam Fate/Samurai Remnant?
Tomohiko Sho: Untuk game ini, servant kegemaran saya sudah tentu Saber. Selain watak utama, saya juga suka Archer iaitu watak yang muncul bersama Zheng Chenggong. Saya suka pandangan dunia watak itu, atau asal usulnya, atau latar belakangnya. Untuk siri Fate, saya sangat menyukai Lord El-Melloi II aka Zhuge Liang, dan Sherlock Holmes.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda! Terima kasih banyak-banyak kepada Tomohiko Sho kerana sudi menjawab soalan kami. Fate/Samurai Remnant akan keluar pada PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada 2 November 2023. Untuk membaca temu ramah lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
Segala liputan kami tentang Tokyo Game Show disampaikan bersama kerjasama Predator Gaming.
@gamersantaimy
Discussion about this post