Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fandom Umamusume ‘Serbu’ Media Sosial Kelab Lumba Kuda Malaysia Hingga Viral!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, Steam, Tempatan
0 0
0
Fandom Umamusume ‘Serbu’ Media Sosial Kelab Lumba Kuda Malaysia Hingga Viral!
Share on FacebookShare on Twitter

Pertembungan tidak dijangka antara sukan luma kuda dan gaming telah mencetuskan fenomena tular di media sosial Selangor Turf Club! Ini berlaku selepas komuniti peminat Umamusume: Pretty Derby ‘menyerbu’ posting terkini kelab itu mengenai sebuah acara lumba kuda yang bakal berlangsung.

Semuanya bermula pada 5 Ogos 2025, apabila kelab lumba kuda itu memuat naik posting promosi di Facebook untuk Merdeka Cup 2025.

Tanpa disangka, posting itu menarik minat komuniti peminat Umamusume tempatan, yang kemudiannya membanjiri ruangan komen. Ruangan tersebut dipenuhi dengan pelbagai meme, GIF, dan jenaka khas yang menampilkan watak ‘gadis kuda’ daripada game itu, bukannya soalan mengenai perlumbaan.

Dalam sekelip mata, tumpuan perbualan beralih sepenuhnya daripada Piala Merdeka kepada segala hal berkaitan Umamusume. Posting itu turut dikongsi secara meluas oleh pelbagai komuniti anime dan gaming di rantau ini, menjadikannya semakin tular.

Bagi yang kurang tahu, Umamusume: Pretty Derby adalah francais media dari Jepun yang merangkumi game mobile dan siri anime. Ia menampilkan watak ‘gadis kuda’ yang diilhamkan daripada kuda lumba sebenar yang terkenal.

Sejak dilancarkan di peringkat global pada Jun 2025, game ini telah meraih populariti besar, khususnya di Asia Tenggara, dan dilihat berjaya menyuntik minat baharu terhadap sukan lumba kuda dalam kalangan anak muda.

Sebaliknya, Selangor Turf Club mengambil peluang daripada populariti mendadak ini. Mereka memuat naik sebuah Facebook Reel dengan kapsyen “UMAZING”, satu rujukan jelas kepada game itu. Tindakan mesra ini menunjukkan bahawa pihak kelab bukan sahaja sedar, malah terbuka menerima perhatian tersebut.

Adakah ini bermaksud ada kemungkinan kerjasama atau acara khas untuk peminat pada masa akan datang?

Ini bukanlah kali pertama fenomena sebegini berlaku. Peminat Umamusume sememangnya terkenal dengan penglibatan aktif mereka dalam dunia lumba kuda sebenar.

Tahun ini, arena lumba kuda di Thailand turut mengalami kebangkitan serupa apabila peminat game ini berjaya menyemarakkan semula komuniti di sana, sehingga pihak penganjur perlumbaan turut mengadakan acara cosplay khas untuk meraikan mereka.

Tags: MalaysiaUmamusume
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Suikoden Akan Tayang Pada 2026, Dirancang Untuk Beberapa Musim

Next Post

Previu Fate Trigger (Closed Beta): Hero Battle Royale Penuh Potensi Tetapi Masih Perlu Digilap

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Previu Fate Trigger (Closed Beta): Hero Battle Royale Penuh Potensi Tetapi Masih Perlu Digilap

Previu Fate Trigger (Closed Beta): Hero Battle Royale Penuh Potensi Tetapi Masih Perlu Digilap

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd