Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Family is everything!” Tarikh rasmi pelancaran filem Fast & Furious 10 didedahkan!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 18, 2021
in Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
“Family is everything!” Tarikh rasmi pelancaran filem Fast & Furious 10 didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Universal Pictures telah mengumumkan bahawa Fast & Furious 10 bakal dilancarkan pada 7 April 2023! Francais Fast & Furious akan kembali ke pawagam dan mengesahkan bahawa Justin Lin menjadi pengarah untuk filem ke-10 ini. Fast 10 juga diharapkan akan membuat debut secara eksklusif di pawagam!

Universal's FAST & FURIOUS 10 will hit the box office track April 7, 2023. Justin Lin directs.

We'll be done with this pandemic thing by then, right? Asking for a friend. A friend named Vinnie D.

— Exhibitor Relations Co. (@ERCboxoffice) August 18, 2021

Dalam satu temubual bersama Vin Diesel yang memegang peranan utama sebagai Dominic Toretto atau Dom, beliau menyatakan setiap cerita perlukan pengakhiran. Walaupun ramai peminat merasakan francais ini tidak patut berakhir, tetapi Diesel merasakan dia perlu memberikan finale kepada kisah mereka. Francais ini bermula dari bawah sehingga menjadi pejuang underdog dan telah melepasi semua francais lain. Dia juga menyatakan Fast & Furious mempunyai jiwa, dan ia perlu diberikan rehat.

Selain itu, Diesel menjelaskan filem ini adalah back-to-back kerana tarikh pelancaran Fast & Furious 10 pertama disasar pada tahun 2023, dan bahagian kedua pada tahun 2024. Beliau menyatakan filem ini sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu, sebelum berlakunya wabak pandemik COVID-19. Dia merasakan perbezaan mengenai pelancaran ini adalah mereka mengambil masa setahun untuk pembangunan dan pra-produksi bagi menyiapkan Fast 10. Disebabkan ini, Diesel merasa kekok melakukan temu ramah kerana perlu menceritakan mengenai Fast & Furious 9 yang dilancarkan pada bulan April lalu.

Pengarah filem Fast 10, Justin Lin mengatakan ketika mereka berkumpul, Diesel bercadang untuk memikirkan penutup bagi kisah Fast & Furious. Justin menjelaskan Fast 9 adalah sebuah filem pertama untuk bab terakhir francais dan mereka ingin mengatur semula segala-galanya di dua filem akhir seterusnya, dengan penamat perjalanan lebih luar biasa bagi setiap watak.

Fast & Furious 10 dirancang pelancarannya pada 7 April 2023, dan akan mempunyai bahagian kedua pada tahun 2024 nanti. Kita juga telah diberitahu filem kesepuluh ini tidak memiliki tajuk rasmi, tetapi akan menjadi bab pertama dalam final dua filem untuk saga utama .Buat masa ini tiada maklumat terperinci mengenai filem, tetapi mungkin kita akan dapat melihat trailer mereka pada awal tahun 2023.

Sumber: ComicBook

Tags: Fast & FuriousFast 10filemUniversal Pictures
Previous Post

Lupin III nampaknya akan mendapat Manga Spin-off Isekai!!

Next Post

Game PS1 berjalan 4K di Xbox Series S dengan emulator DuckStation?!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game PS1 berjalan 4K di Xbox Series S dengan emulator DuckStation?!

Game PS1 berjalan 4K di Xbox Series S dengan emulator DuckStation?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd