Kepada peminat game siri Fallout, akhirnya, Fallout 76 B.E.T.A telah boleh dimainkan di PC. Ini bermaksud, kepada mereka yang bermain di PC, dah boleh mula untuk menggodek pelbagai settings yang tidak ada untuk Xbox One. Kalau tak silap, ianya bermula pada hari Selasa (atau Rabu). Tapi, aku dapat beberapa info untuk pemain Tweak settings mereka untuk ‘Best Performance’ semasa bermain game ni. Nak tahu apakah setting yang baik untuk prestasi yang baik? Teruskan bacaan korang.
Untuk permulaan, aku nak korang tengok dulu, graphic settings untuk Fallout 76 B.E.T.A ni:
Dari gambar di atas, korang nampak graphic setting dia agak meluas. Bermaksud, banyak setting yang korang boleh bermain di sini, untuk mendapatkan prestasi dan jugak grafik yang cantik. Secara asasnya, ada 6 setting yang korang boleh ubah, tetapi, hanya 3 je yang memberikan impak untuk game tersebut.
Presets: Low/ Medium/ High/ Ultra. Dikatakan yang High dan juga Ultra nampak sama/lebih kurang dan menambahkan prestasi dalam 5% lebih laju (kalau preset high) dan untuk Medium pulak, akan boost performance kepada 25% dan Low, akan boost performance korang dari 35-40%.
Texture Quality: Low/ Medium/ High. Katanya tidak memberi apa-apa kesan walaupun, korang drop sehingga Low.
Water Quality: Low/ Medium/ High. Ini pun sama, tiada memberi impak kepada prestasi korang kalau korang drop sampai Low.
Lighting Quality: Low/ Medium/ High. Antara setting yang paling demanding sekali, letakkan di Low setting dan korang akan dapat 12% boost Performance.
Shadow Quality: Low/ Medium/ High. Dari Ultra ke Low, akan memberikan korang penambahbaikan prestasi 4%.
Shadow Distance: Low/ Medium/ High. Setting ini juga merupakan yang kedua paling demanding. Low akan boost framerates korang sehingga 7%.
Dibawah merupakan perbezaan secara visual untuk preset (1080p):
Dan, menariknya, game ni, boleh dimainkan dengan menggunakan GPU NVIDIA GTX 1060 6GB, dengan resolusi 1080p dan korang boleh dapat 60fps! Hurm, optimized betul ek game Fallout 76 ni. Terbaik Bethesda! Apapun, ini sekadar perkongsian dari aku untuk mereka yang telah pon mempunyai access untuk memainkan game Fallout 76 B.E.T.A.
@gamersantaimy
Discussion about this post