Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fallout 4: Anniversary Edition Bakal Tiba Hujung Tahun 2025, Versi Switch 2 Menyusul Pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, GOG, Microsoft, Nintendo Switch 2, Open World, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Fallout 4: Anniversary Edition Bakal Tiba Hujung Tahun 2025, Versi Switch 2 Menyusul Pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa jam lepas, Bethesda Softworks bersama pembangun Bethesda Game Studios telah memperkenalkan Fallout 4: Anniversary Edition.

Merupakan edisi lengkap yang diterbitkan sempena sambutan ulang tahun kesepuluh RPG pasca-apokalips yang popular itu, game khas ini akan dilancarkan pada 10 November di platform PC, PlayStation, dan juga Xbox.

Bagi menyambut sedekad pelancaran game tersebut, versi ulang tahun ini akan menyatukan game utama dengan keenam-enam DLC rasmi yang pernah dikeluarkan, iaitu: “Automatron,” “Far Harbor,” “Nuka-World,” serta tiga pek expansion “Workshop.”

Bukan itu sahaja, Anniversary Edition turut dimuatkan dengan lebih 150 kandungan daripada Creation Club, yang menggabungkan barangan popular di kalangan peminat serta kandungan yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini terus ke dalam game.

Pihak pembangun menyatakan bahawa para pemain bakal menikmati pelbagai penambahan seperti senjata-senjata baharu, misi yang lebih luas, penambahbaikan gameplay, dan juga pelbagai pilihan baka untuk anjing peneman, Dogmeat, antaranya baka husky dan Dalmatian.

See everything rolling into the Commonwealth on Nov 10 with the Fallout 4 Anniversary Edition! https://t.co/UkNmLyDZDH pic.twitter.com/Wcu5nQxtQP

— Fallout (@Fallout) October 23, 2025

Pemain boleh mendapatkan Fallout 4: Anniversary Edition bermula 10 November nanti bagi konsol PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, dan juga PC melalui platform digital seperti Steam, Epic Games Store, GOG, dan Microsoft Store.

Di samping itu, Bethesda turut memberitahu bahawa game ini juga sedang dalam perancangan untuk konsol Nintendo. Fallout 4: Anniversary Edition dijangka akan mendarat di platform Nintendo Switch 2 pada tahun 2026, sekaligus membawa francais yang terkenal ini ke platform Nintendo untuk kali pertama.

Tags: Fallout 4: Anniversary Edition
ShareTweetSend
Previous Post

Ujian Beta ‘Petit Planet’ Bermula 7 November – Game Life Sim Pertama HoYoverse

Next Post

Update Fallout 76 ‘Burning Springs’ Tiba Disember 2025; Versi PS5, Xbox Series Akan Tiba 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Update Fallout 76 ‘Burning Springs’ Tiba Disember 2025; Versi PS5, Xbox Series Akan Tiba 2026

Update Fallout 76 'Burning Springs' Tiba Disember 2025; Versi PS5, Xbox Series Akan Tiba 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd