Fall Guys Season 2 sudah keluar! XP lebih mudah dapat & mod baru!

Musim kedua Fall Guys telah bermula hari ini dan bersamanya, terdapat banyak kostum, level, dan perubahan baru. Salah satu penambahan terbesar untuk musim 2 Fall Guys adalah mod baru, dengan salah satu bernama Gauntlet Mode.

Walaupun ramai yang suka pakaian medieval comel di Fall Guys, penambahan mod baru adalah sesuatu yang sangat diingini oleh komuniti Fall Guys. Gauntlet Mode merupakan percubaan pertama Mediatonic dengan membolehkan pemain bermain aksi Fall Guys yang sama tetapi tanpa perlawanan “berpasukan”.

Ini berita baik kerana bermaksud Mediatonic jelas mendengar permintaan pemain. Perlawanan “berpasukan” telah menjadi kontroversi yang agak popular sejak permainan pertama kali dilancarkan, dengan ramai merasa ia tidak adil untuk sebuah battle royale kerana pemain harus bergantung pada rakan sepasukan secara rawak. Walaupun begitu, ramai juga pemain yang menikmatinya, jadi pasukan memilih untuk mencipta mod baru daripada membuangnya.

Bagi sesiapa yang suka bermain solo, saya harus memberitahu bahawa Gauntlet Mode hanya merangkumi jenis perlawanan “lumba” dan “survival“. Perlawanan popular seperti Jump Showdown dibuang sepenuhnya dalam mod ini, dan Fall Mountain adalah satu-satunya perlawanan terakhir yang ditawarkan.

Selain itu, pemain juga akan menemui battle pass baru untuk Fall Guys, yang penuh dengan pakaian, corak, dan skema warna baru. Menurut pereka utama permainan, battle pass Fall Guys Season 2 lebih mudah untuk diselesaikan, memerlukan lebih sedikit XP untuk mendapatkan ganjaran kerana terdapat aduan yang mengatakan ia terlalu “grindy“.

Fall Guys kini boleh didapati di PC dan PlayStation 4.

Fall Guys: Ultimate Knockout
Release Date: 2020-08-04
Microsoft Windows, PlayStation 4
Fall Guys adalah permainan multiplayer party game secara besar-besaran dengan sehingga 60 pemain dalam talian dalam perjuangan bebas untuk semua melalui pusingan demi pusingan yang penuh kekacauan dan semakin meningkat sehingga satu pemenang kekal!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.