Industri streaming telah berkembang pesat sejak populariti pada tahun 2010-an. Hanya lebih dari satu dekad kemudian, live stream adalah kaedah pilihan bagi banyak pengguna untuk berinteraksi dengan komuniti dan pencipta kandungan kegemaran mereka. Oleh yang demikian, naik turun live streaming juga telah direkod dan dipantau dengan teliti, dengan trend yang tidak dijangka seperti ASMR dan VTubers menjadi cara baru dan alternatif bagi pengguna untuk menikmati live stream. Terdapat laporan yang menunjukkan Facebook mungkin mengatasi Twitch sebagai platform live stream yang diminati pada masa akan datang.

Stream Hatchet, sebuah syarikat yang pakar dalam menyediakan data dan pandangan mengenai dunia live stream, baru-baru ini telah melancarkan laporan suku tahunan terbaru mereka mengenai keadaan live stream, dengan beberapa data yang cukup menarik terutamanya untuk peminat permainan video.
Bahagian pertama dari laporan suku ketiga 2021, Stream Hatchet menunjukkan pertumbuhan tiga platform streaming permainan video teratas: Twitch, Facebook Gaming, dan YouTube Live Gaming. Dari segi jam yang ditonton, Twitch masih maju dengan lebih dari 6 billion jam pada dua suku pertama tahun ini, dengan suku ketiga mengalami penurunan 13 peratus yang tajam dengan hanya 5.7 billion jam.

Walaupun Twitch mengungguli pesaingnya dengan menjadi platform yang berfokus pada live stream, yang menawarkan kandungan yang lebih banyak dan bukan hanya permainan, syarikat itu dilanda kontroversi pada bulan lalu. Ini termasuk boikot #ADayOffTwitch pada 2 September, serta kebocoran data besar yang berlaku pada 6 Oktober. Oleh itu, platform Twitch mungkin membuatkan beberapa pencipta kandungan dan penonton untuk berpindah ke platform lain. Terutamanya Facebook yang telah menunjukkan peningkatan pesat sejak tahun lepas.

Pada tahun 2020, Facebook Gaming telah ditonton selama 2.2 billion jam di platform, dan pada tahun 2021, platform tersebut telah menyaksikan peningkatan 56 peratus menjadi 3.5 billion jam. Dengan kebanyakan pencipta di platform yang memfokuskan pada dua permainan mudah alih terbesar di dunia, PUBG Mobile dan Mobile Legends, Facebook mungkin mengatasi Twitch suatu hari nanti.
Jadi kepada streamer Twitch, apa pendapat anda mengenai perkara ini? Lagi-lagi dengan isu kebocoran data di Twitch? Adakah anda akan terus buat live stream atau berpindah ke platform lain? Anda boleh tinggalkan komen di bawah. Untuk mengikuti liputan lanjut mengenai platform stream, anda boleh klik di sini.
Sumber: IGN, Stream Hatchet
@gamersantaimy
Discussion about this post