Penerbit dan pembangun game, FourThirtyThree Inc. (4:33) telah mengumumkan bahawa ia telah membuka pra-daftar untuk game turn-based RPG mereka, Eroica. Pra-daftar untuk game ini tersedia di Google Play sekarang! Pemain di seluruh dunia kini boleh lengkapkan pra-daftar mereka melalui peranti masing-masing. Berikut adalah trailer yang dilepaskan memperkenalkan beberapa watak dalam Eroica.
Untuk pengetahuan anda, Eroica merupakan game mobile turn-based RPG 3D yang menawarkan lebih daripada 60 watak unik. Ceritanya yang menyeronokkan membawa pemain Isekai (dunia lain) ke sebuah pengembaraan baru. Game ini masih dibangunkan oleh Funter Studio, sebuah studio pembangunan game RPG yang terkenal dengan game seperti Epic Chronicle dan Epic Hearts.

Kesemua watak-watak yang dilukis dengan cantik akan tersedia dalam game. Bukan setakat itu sahaja, terdapat pelbagai puzzle yang menanti pemain termasuklah kandungan episod yang membongkarkan penceritaan dengan lebih mendalam. Pertempuran turn-based serta kandungan unik lain pula hadir untuk pemain mengatur strategi semasa pertarungan. Hero juga akan mempunyai quest yang banyak untuk diselesaikan.

Sebagai peringatan, game ini hanya boleh pra-daftar melalui Google Play sahaja, bermakna pemain iOS tidak akan menjumpai game ini melalui App Store. Pra-daftar Eroica juga tidak tersedia untuk negara di mana game ini telah diuji dan dilancarkan. Antara negara tersebut ialah Hong Kong, Macau, Singapura, Indonesia, Filipina, Kanada dan Australia. Anda boleh ikuti akaun sosial media game untuk ikuti perkembangan lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game mobile daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post