Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Episod terakhir Attack on Titan Season 4 ditunda, mungkin sedang bikin filem

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Episod terakhir Attack on Titan Season 4 ditunda, mungkin sedang bikin filem
Share on FacebookShare on Twitter

Laman web rasmi untuk anime Attack on Titan mendedahkan bahawa episod terakhir dalam siri iaitu episod 87 terpaksa ditunda kerana tayangan program khas yang akan disiarkan pada slot masa yang sama.

Musim terakhir Attack on Titan kini sudah sampai separuh jalan dengan hanya 6 episod lagi untuk disiarkan, Namun, terdapat sedikit perubahan dalam jadual rancangan. Secara lebih khusus, episod terakhir anime Attack on Titan sepatutnya disiarkan pada 27 Mac, tetapi telah ditangguhkan selama 1 minggu kerana sejenis program istimewa. Tarikh keluaran baru untuk episod terakhir kini ditetapkan pada 3 April.

Laman web rasmi Attack on Titan tidak mendedahkan maklumat tentang “program khas” ini tetapi mengikut beberapa spekulasi di internet, mungkin ada pengumuman tentang filem Attack on Titan. Satu lagi sebab mungkin adalah tentang isu produksi , di mana salah seorang pengarah Attack on Titan menulis di Twitter bahawa dia baru sahaja pulang ke rumah setelah bekerja 3 hari di studio tanpa henti. Korang boleh baca lebih lagi tentang kes tersebut di SINI.

Apa pendapat anda? Mengapa episod terakhir Attack on Titan ditunda? Adakah mereka akan mengumumkan filem? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.

Attack on Titan ialah sebuah siri manga Jepun oleh Hajime Isayama, yang ditetapkan dalam dunia bahaya bersama Titan, makhluk humanoid gergasi yang memakan manusia seolah-olah tanpa sebab. Cerita ini berkisarkan kehidupan Eren Jaeger dan adik angkatnya Mikasa Ackerman yang berubah selama-lamanya selepas kemunculan Titan yang memusnahkan kediaman mereka dan menyebabkan kematian ibu Eren.

Attack on Titan telah diterbitkan secara bersiri di majalah Bessatsu Shōnen dari September 2009 hingga April 2021, dengan babnya dikumpulkan dalam 34 jilid “tankōbon”.

Sumber – Laman AOT

Tags: animeAttack on Titanditunda
Previous Post

Spesifikasi PC Elden Ring didedahkan, minimum pun 12GB RAM

Next Post

Kejohanan MPL MY Musim 9 akan diadakan di Quill City Mall KL

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Kejohanan MPL MY Musim 9 akan diadakan di Quill City Mall KL

Kejohanan MPL MY Musim 9 akan diadakan di Quill City Mall KL

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd